Saturday, December 31, 2011

Muslimah-by Nazrey Johani

Bismillahirrahmanirrahim.


suka dengan lagu ni. ce dengar ce dengar.


Khas buatmu muslimah. :)



Muslimah- by Nazrey Johani

Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkanNYA dengan mulia

Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu 
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi 
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
kecantikan yang sebenar
pada tutur kata penuh berhikmah

Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
kau masuk ke syurga
solat lima waktu dan berpuasa
menundukkan pandangan matamu
mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
kau rajin mengaji
Islam kau jadikan 
Ikutan sejati

Friday, December 16, 2011

Cayalah, Oley!! Terbaik!

Setelah video sembang rakyat yang disebarkan melalui Youtube yang bertajuk LAGI HUDUD PAS, iaitu video yang sungguh jelas menampakkan 'kejahilan' ilmu agama si pembuatnya, saya amat khuatir dan bimbang suntikan 'sesat' menular terhadap pemikiran dalam kalangan masyarakat, khuatir kefahaman dan persepsi  non-muslim yang mungkin belum mengenali islam secara keseluruhannya lebih dijauhkan lagi daripada mengenali secara dekat dengan nilai-nilai islam, dan lagi khuatir tentang persepsi dan penerimaan terhadap orang-orang yang baru mahu mengenali islam, yang sedang mencari nilai hidup agama sebenar-benar dikelirukan dengan video tempoh masa 5 minit 34 saat itu. 

Penceritaan video tersebut adalah penceritaan sekelompok masyarakat yang memberi pandangan tentang hukum Allah, dalam sembang kopi mereka antara "relevan atau  tidak". Penafsiran hukum yang tidak difahami dengan jelas ditafsirkan dengan mudahnya (atau diistilahkan sebagai 'penggoreng'* cerita semata-mata). Sungguh video tersebut bermotifkan 'menembak' dan menolak parti yang mengancam kedudukan mereka, namun perlu diingat, menolak sesuatu pihak yang yang tidak disukai silakan saja yah!, tapi jaga-jaga..! menolak hukum Allah, terbatal akidah. 

Namun, sekarang, saya sudah sedikit lega**. Ada penjelasan tentang hukum yang sepatutnya tertegak. Nah, mari kita lawan! Video lawan video. Pencerahan kejelasan hukum. kita tanya yang lebih arif. Clearance mengenai hudud.!. Terbaik! Watch it out :)


Oley!!

p/s:  kalau kita nak tahu tentang sesuatu, perlu tanya orang yang lebih arif tantang bidang tu, yang memang faham dan jelas.. sama la bila kita sakit, kena jumpa doktor la ek. bukan tunggu orang di kedai kopi atau tunggu artis yang nak jelaskan dan rawat... kan? :)


Foot notes: 
1. Penggoreng* 
  • Merujuk kepda gelaran (ada cerita disebaliknya :p)
2. sedikit lega**
  • Sedikit lega bukan sangat lega sebab usaha keras sangat diperlukan nak dakwah masyarakat, banyak lagi   ni tugas kita!
  • Sedikit lega bukan sangat lega sebab sebab lepas ni entah apa plak 'permainan' lain bakal diketengahkan. Get ready ja:) 





Friday, November 18, 2011

Dariku Untukmu 1: Genggamlah Erti Perjuangan!


Bismillahirrahmanirrahim.

“Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak (pula) melintasi suatu lembah (berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan”

Memikirkan situasi dan persekitaran sebagai ahli gerakan Islam yang sering diancam virus. Macam-macam virus yang menjengah. Virus-virus tersebut menyebabkan gejala-gejala kemalasan, kelesuan dan kegelinciran dalam perjuangan. Oh virus, kenapalah engkau menyerang! Kelemahan konsep ‘pengorbanan’ yang kurang difahami dan diserap masuk kedalam jiwa-jiwa ahli gerakan Islam menyebabkan ramai yang tersadung dalam perjalanan dakwah. Ya, tersadung sahaja adalah perkara biasa, tapi jangan sampai tersadung kita tidak mampu bangkit kembali!

Mengapa lupa dan tidak sedar?

Alahai, sering sahaja lupa dan tidak sedar. Bukannya sekali diingatkan tapi berkali-kali. BERKALI-KALI. Malah jiwa dan sabar itu sudah sebati dan sangat mengenali kerana sentiasa bersama. Namun kadang kala si jiwa sudah bosan dengan kehadiaran si sabar itu. Sering kali sahaja dia bertandang namun si jiwa masih belum mendapat kepuasan dari tandangannya. Baiklah, si jiwa sekarang cuba memahami bahawa ‘manusia itu kejadiannya tidak sempurna’ dan ‘manusia itu sememangnya mudah lupa’. Baiklah, si jiwa masih mahu menerima si sabar. Hai, cik Sabar!

Peranan sebagai ahli gerakan Islam perlu difahami sedalam-dalamnya apa dan mengapa kita perlu berada dalam golongan tersebut. Bukan kerana keterpaksaan, bukan juga kerana ikutan. Medan hari ini bukannya menutut jihad qital (peperangan) seperti lembaran sirah zaman Rasululullah dahulu kala yang jauh lebih mencabar ujian dalam tuntutan jihadnya. Bukannya perlu mengangkat senjata bertempur dengan pihak musuh melawan kezaliman untuk mahu tertegaknya ISLAM. Kita ini rantai perjuangan Rasulullah s.a.w bukannya pemula bukan juga pengakhirannya. Hari ini, zaman kita berbeza, cara kita berbeza, tuntutan jihad kita berbeza. Ia perlukan strategi dan cara. Cara kita melalui idealisme, suara dan kuasa. Idealisme, suara dan kuasa yang mahu tertegakknya ISLAM. Namun, idea dan pemikiran sahaja tidak cukup,  perlaksanaan perlu ada. Perlaksanaan sahaja tidak lengkap. Sikap dan tindakan kearah perlaksanaan perlu seiring.

Baiklah. Mudahnya disebut dengan kata-kata. Hati saya tidak mampu melintasinya dan lidah saya kelu untuk menterjemahkannya. Secara mudahnya, kita perlu memahami bahawa teori dan praktikal adalah dua perkara yang berada di medan berbeza namun kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Jika teori tanpa praktikal, maka pincanglah keberhasilannya. Hilanglah teori perlahan-lahan begitu sahaja kerana tidak digunakan dalam medan yang sepatutnya. Begitu juga praktikal tanpa teori, hilanglah matlamat dan panduannya, menyebabkan kerja tidak terpandu dengan cara yang sepatutnya. Ringkasnya, bercakap dan idea sahaja tidak cukup jika tidak disusuli dengan tindakan dan perlaksanaan. Oh ya, saya kaitkan dengan ayat sebelum ini: Sikap dan tindakan kearah perlaksanaan perlu seiring. Kenapa S I K A P ? Kerana saya fikir sikap itu dapat ‘mengukur’ keikhlasan dan pengorbanan tindakan yang kita lakukan.

Maka, sebenarnya bagaimana mahu membentuk ahli gerakan islam yang berkualiti? Pembentukan kualiti yang saya maksudkan disini bukan sahaja bermaksud kualiti pada saat satu-satu masa penghasilan dan kelahirannya sebagai ahli gerakan islam yang menitip bait-bait perjanjian dengan perjuangan islam, tetapi kualiti yang seiring dengan nilai keseluruhan hidupnya terhadap perjuangan islam.


Lenturkan peribadi pejuang!

Proses pembentukan peribadi pejuang memerlukan strategi internal dan external. Internal dari sudut dalaman individu itu sendiri dan external dari sudut persekitaran dan luaran pejuang islam. Namun, perlu diingat bahawa Rasulullah s.a.w sendiri telah mengajarkan proses pembentukan peribadi pejuang yang berkualiti. (Link). Usaha pembentukan peribadi pejuang dapat dicapai jika amal jamaie (harakah Islamiyyah), amal Ijtimaie (Masyarakat), amal fardi (Individu) diusahakan secara konsisten dan seimbang. Namun tuntas saya katakan bahawa kelenturan peribadi pejuang perlu untuk mempunyai:  
  1. Kekuatan Jasad/Fizikal (jisimiyyah): kekuatan fizikal penting sebab kita nak bergerak kerja
  2. Kekuatan Roh: kekuatan dalaman, boleh bentuk dengan hubungan yang kuat dengan Allah
  3. Kekuatan Fikrah : kefahaman dan fikrah yang jelas

Jadi, inilah kelenturan peribadi pejuang sebenar. kuat fizikal, kuat dalaman dan kuat fikrah. Barulah kuat dalam jalan dakwah. Maka, penyakit LUPA dan TIDAK SEDAR dengan tanggungjawab yang terpikul akan DIINGAT semula. Gejala kegelilinciran, kelesuan, keciciran, dan banyak ke……..an2 lagi boleh dihindarkan. Sama-sama mengingatkan.



Islam matlamat kami

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal dalam perjuangan)”  
(Al-Imran :142)

Perjalanan dakwah memerlukan erti perjuangan sebenar sehingga kita benar-benar faham bahawa tiada yang hanya akan tertegak melainkan ISLAM yang tercinta. Kerana apa? Kerana itulah sebenar-benar Ad-din yang mampu meletakkan nilai kehidupan sebenar-benar kehidupan. Namun,. Jangan bermimpi jika kita fikir ISLAM ini tertegak dengan mudah dan cepat. Perjalanan dakwah masih panjang. Usaha keras dan pengorbanan diperlukan. Strive for Mardhatillah!

Monday, October 17, 2011

Langkah Tercipta


Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Kelak Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” 

(At- Thalaaq: 7)


Liku-liku kehidupan adalah ujian daripada Allah s.w.t kepada hamba-hamba yang disayanginya. Walau seberat mana pun ujian tersebut, itulah sebenarnya tanda kasih sayangNya kepada kita kerana masih ramai lagi hamba-hambanya dibiarkan tanpa ujian dan sentiasa dibiarkan berasa senang dengan kehidupannya. Bukankah keadaan itu lagi merisaukan jika berlaku kepada kita? Nah, berbahagialah orang-orang yang ditimpakan pelbagai ujian dalam hidupnya kerana ia bermakna kita masih lagi diberi peluang untuk mendapatkan sesuatu dalam perjalanan hidup. Namun, usah merasa lelah untuk mengharapkan rahmatNya jika berat ujian yang diterima sudah terasa tidak tertanggung lagi. Percayalah bahawa setiap dari kita bakal mengadapi pelbagai liku kehidupan yang pelbagai, dan pastinya dalam liku kehidupan itu, juga mengandungi ujian malah yang lebih berat lagi yang ditimpakan kepada orang lain. Mengapa ujian yang kita terima tidak sama dengan ujian dan perjalanan hidup orang lain? Mengapa kita rasakan beban dan liku hidup kita adalah duri paling tajam dan ujian paling berat sedangkan tanpa sedar ujian itu sebenarnya tidaklah sebeban mana jika mahu dibandingkan dengan orang-orang yang diuji dengan perjalanan hidup yang jauh lebih berat!

Yakinlah. Allah tahu kadar kesanggupan setiap hambanya. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yakinlah, bahawa perjalanan masih panjang untuk menilai kehidupan sebenar. Cedoklah pengalaman hidup untuk kecap kehidupan yang lebih bermakna, Hidup mencari dan mengenal Rabb Yang Esa. 



 “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau lah pelindung  kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir” 

(Al-Baqarah:286)


Langkah Tercipta-UNIC
Semalam aku kelukaan, 
kecewa kehampaan, 
mencalar ketabahan, 
mimpi yang sering ku harapkan, 
menjadi kenyataan, 
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini, 
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, 
semangat tenggelam, 
lemah daya, 
haruskah aku mengalah, 
namun jiwaku berbisik, 
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka, 
pada hikmah dugaan, 
uji keimanan (menguji keimanan), 
tak dilontarkanNya ujian, 
di luar kekuatan, 
setiap diri insan.
Allah... 
Pimpinlah diriku, 
tuk bangkit semula, 
meneruskan langkah, 
perjuangan ini, 
cekalkan hati dan semangatku, 
kurniakan ketabahan, 
agar mimpi jadi nyata, 
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu, 
wahai Tuhan yang satu, 
segalanya dariMu.


 Ayuh.  Mari kita buka buku baru. Motivasikan jiwa, tiupkan semangat baru! Pasti boleh!




p/s: Entri ini dedikasi buat Cik Sabriah Talitti ^^

Thursday, September 29, 2011

Hari-hari kita


Hari lahir Dani
Salam alaik. Lama benar meninggalkan teratak blog yang disayangi ini. J
Alhamdulillah, semalam 28 september 2011, adalah hari lahir adik saya, Mohamad Syahdani bin Talitti, adik bongsu yang selalu dibuli dan juga suka membuli kat rumah.  Budak kecik yang kesian :p

Selamat hari lahir untuk Dani! Dah masuk 9 tahun. Memandangkan hari ni hari lahir dani, maka gambar kartun feveret saya dani menjadi hadiah. Peace :)




Boboi Boy mengucapkan "Selamat Hari Lahir Spesel untuk Dani! Jangan nakal-nakal tau!"




.saya.dani.yang.perasan.comel.tu.hihi.


Hari-hari lalu, sekarang, dan masa depan

Cerita tentang hari saya pula. :) Alhmdulillah, sekarang saya sudah berada di semester 7 dan bergelar pelajar tahun akhir, insyaAllah. Bakal menempuh semester yang tidak dapat di ramal keadaannya. Yang nyata, masih dikurniakan oleh Allah nikmat sibuk, nikmat penat dan letih. Sekurang-kurangnya semua rasa sakit dan letih itu dikorbankan hanya kerana agamaNya, agama yang di sanjung, yakni ISLAM yang tercinta.  InsyaAllah. Sakit, letih  dan sibuk bukannya suatu beban bahkan kita harus bersyukur kerana Allah masih mahu menguji diri kita dengan keadaan-keadaan sebegitu. Malah, kita perlu merasa bahawa saat itulah yang membuatkan diri kita rasa semakin dekat dengan Allah. Subhanallah.

Sebagai perkongsian untuk sedikit kesempatan untuk hari-hari kita ini..

Surah Al-mulk  Ayat 2:

“ Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” (67:2)


Mengapa Allah menjadikan kitaran seorang manusia bermula dari rahim seorang ibu, lahir membesar menjadi seorang bayi, kanak-kanak, remaja kemudian dewasa dan orang tua sebelum kita menempuh pula kehidupan alam barzakh?? Adakah semua ini kitaran hidup manusia yang akan berlalu begitu sahaja? atau sebenarnya tersingkap seribu makna yang tersendiri? Potongan ayat di atas tadi telah pun menjawabnya.


Sembanglah tentang hari yang pasti!

Selalunya bila kita bincang tentang mati, selalunya juga orang akan kata;

“Ish, tak baik la cakap soal mati ni, sembanglah benda lain!”

Hasilnya, dapat disimpulkan masyarakat zaman ini secara perlahan-lahan cuba lupakan tentang mati, dan mungkin juga ada yang sudah tidak tahu apa itu mati. Nauzubillah. Sepatutnya, ‘mati’ itu adalah perkara wajar untuk disebut-sebut supaya manusia sentiasa ingat. Lupa mati bermakna kita lupa arah tuju kita. Hidup tanpa arah mudahlah terpesong dengan benda-benda yang tak bermakna. Maka terciptalah hidup yang kosong. Maka, akhirnya nanti dia akan berkata; Life is nothing.

Jadi, bagaimana untuk sentiasa ingat mati? Bersembanglah tentang mati. Sambil duduk-duduk minum kopi sambil-sambil tu sembanglah tentang mati. Mahu tidak mahu, kopi yang diminum mungkin tidak akan tertelan. Tak sesuai? Tidak semestinya. Anda tidak perlu cakap tentang batu nisan, kain kapan, kubur and etc. Minta tolong kawan kat sebelah kira uban kat rambut pun dah boleh kira ingat mati kan?kan? 

'Tolong kira uban jap..dah tua rupanya aku ni..'
**gambar ni ambil dari image google search. maaf ya empunya kepala ini...**

Mengingati mati menajdi mukmin cemerlang

Sahabat yang dikasihi sekalian, orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat mati kerana dia sentiasa bersedia dengan amalnya di dunia untuk dipersembahkan kepada Sang Rabbi. Rasulullah s.a. w pernah ditanya;

“Ya Rasul Allah, Siapakah orang yang lebih bijak?” Maka jawab baginda “Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih banyak persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak” (Hadis Ibnu Majah dan Ibnu Umar RA).

Mengingati hari yang pasti itu menjadikan perbuatan kita berpandu, hidup terfokus. Tiada perkara lagha yang mudah membuai angan-angan. Tiada perkara maksiat mencalit iman. Terbinalah suatu dinding teguh membentengkan jiwa, mental dan fizikal daripada perkara-perkara yang mengundang dosa.  Amalan terjaga, kerja terarah dan segalanya menjadi ibadah. Terbentuklah kualiti seorang mukmin cemerlang. InsyaAllah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mengingat kehidupan yang sementara ini untuk Allah dan pastinya itulah juga akhirat yang bakal kita tuju.  Wallahualam.









Sunday, July 3, 2011

Yellow is cool

Post kali ni, tidak bertujuan nak mengulas atau nak mengomen apa-apa tentang warna. Tapi saja nak buat blog 'lebih kuning daripada biasa'. Biasalah, tanda sokongan saya kepada gelombang kuning yang semakin hampir.  Semakin menghampiri tarikh 9 julai 2011, semakin banyak tuduhan pihak-pihak tertentu melalui media-media yang semakin 'perform' menyatakan tentang larangan menyertai perhimpunan bersih kerana hanya akan menggugat ketenteraman rakyat 1 Malaysia di negara ini.  Tapi sebenarnya 'mereka' yang lebih-lebih  menggembar-gemburkan kekacauan yang bakal berlaku dan bakal membuatkan kekacauan dan menggugat ketenteraman. Bersih nak behimpun secara aman, bukannya nak bawa parang, pistol atau tukul nak pukul orang. Kita layan ja BERSIH.







Poem by A.samad said. Sangat bermakna.
Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa. 
Diragutnya baju-T segeram tenaga dan diumum itulah busana bahaya. 
Tapi, kita jahit semula perca kain, menjadikannya panji terindah dan tulen. 
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas. Memanglah mereka kini peludah warna sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
1. 7. 11. A. SAMAD SAID

P/s: betapa hebatnya aura warna!

Wednesday, June 8, 2011

Bangkitlah!


Bangkitlah Negeriku
By : Shotul Harakah


Tetap tegaklah masa depan
Tersenyumlah tuk kehidupan
Dengan cinta dan sejuta asa 
Bersama membangun Malaysia

Pegang teguhlah kebenaran
Buang jauh nafsu angkara
Berkorban dengan jiwa dan raga 
Untuk tegaknya keadilan

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Bangkitlah negeriku harapan itu masih ada
Berjuanglah bangsaku jalan itu masih terbentang

Selama matahari bersinar 
Selama kita terus berjuang
Selama kita satu berpadu
Jayalah negeriku jayalah!

p/s : Hayati liriknya..ni lagu indonesia, tapi liriknya bermakna dan sangat memberikan semangat. Bangkitlah wahai pejuang!
**Antara lagu pilihan KRIS Tawau kali-6

Wednesday, April 13, 2011

Dosa yang dikaburi

Makna hidup
Apalah makna berdiam itu sedangkan akal tidak bertindak berfikir. Apalah makna celik itu andai langsung tidak mampu menilai dengan mata hati. Apalah makna petah berbicara andai tidak disusuli tindakan. Apalah makna dikenali hebat jika hati tidak bersulam ikhlas. Apalah makna nama, rupa dan darjat andai jiwa kontang merasa diri sebagai HAMBA dan rasa punya Tuhan.

Dosa yang dikaburi
Dosa dan pahala.tidak dapat nampak

Tidak kira siapa pun kita, jika bernama manusia kita tidak akan lari daripada melakukakan dosa. Setiap hari, setiap jam, setiap detik, akan ada saja dosa yang kita lakukan, hatta sewaktu mahu melakukan kebaikan sekalipun. Bagaimana dosa diperoleh bila kita mahu melakukan kebaikan? Tepuk dahi, tanyalah hati. Kadang bila melakukan kebaikan, timbul rasa riak, takbur. Bila nak bersedekah, keluarkan not 50 ringgit sudah timbul rasa ‘bangga’ diri dengan nilai itu. Itulah dikatakan dosa dalam pahala. Belum termasuk lagi rasa bangga sebab ketika menyampaikan ucapan-ucapan yang kadang kita rasa hujah kita hebat. Belum masuk lagi bila kita dikatakan orang yang beramal salih, kuat beribadat, rajin dan sebagainya. Pujian-pujian datang menerpa dan memakan diri kita sendiri. Begitulah, pahala yang kita cemari dengan hanya terpesongnya sepalit rasa yang timbul dalam hati. Aduhai, moga dijauhi. Bab tentukan dosa dan pahala saya tidak mahu ulas panjang, sebab itu urusan Tuhan. Yang penting, moga segala amal yang kita lakukan adalah sebenar-benar amal yang disulami dengan keikhlasan.

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada melakukan dosa kerana sifat kesempurnaan hanyalah layak pada nabi dan rasul. Malah, musuh kita yang utama iaitu syaitan laknatullah sudah bersumpah hendak menyesatkan anak nabi Adam hinggalah kita tunduk dan patuh kepadanya. Bukankah kita sudah sedar? Kenapa nak bercakap mengenai dosa yang kita kaburi? Sebab kita selalu menganggap diri kita ini sudah cukup sempurna, orang yang dikatakan faham mengenai agama, apalagi bila dikatakan orang yang bergerak kerja dalam jalan dakwah. Contoh mudah la yang biasa dengar, couple islamik. Rasa sedap kot couple islamik, jaga batas aurat, xsentuh2, jaga sini sana tapi, hati? Tak jaga pun. Kan. Siapa tau. Ni contoh biasssaaa la, dah boring dengar. Iya kan??? Tapi realiti masih ramai yang buat!! Syaitan kaburkan dosa kita dengan amalan yang kita buat. Kita tertipu lagi. Saya tidak berniat mahu menembak sesiapa tapi sekadar mahu memberi peringatan bersama agar kita tidak lupa sehinggakan kita tidak sedar segala amal yang kita ‘sangka’kan baik, kita merasa yakin sang malaikat  sudah tuliskan pun amalan kita. Tetapi, adakah benar-benar amalan kita diterima?

Kita jangan lupa bahawa 5 rintangan utama terutamanya dalam perjuangan jalan dakwah adalah orang mukmin yang dengki padanya, orang munafik yang membencinya, orang kafir yang mahu memeranginya, syaitan yang hendak menyesatkannya dan nafsu yang sentiasa bertarung dengannya. Nah, sudah jelas bahawa orang-orang yang berada dalam jalan dakwah ni sebenarnya lebih banyak ujian yang menguji dirinya. Kita boleh refer semula al-ankabut ayat 1-3;

“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi?’ Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahu orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahu orang-orang yang dusta”

Ingatlah bahawa jalan dakwah bukan senang. Kalau refer buku bahtera penyelamat by Fathi Yakan, antara rintangan para daie adalah syaitan yang ingin menyesatkan. Bagaimana syaitan menyelinap? Melalui kemarahan, nafsu syahwat, sifat tergesa-gesa, hasad dengki, sifat kikir, takkabur, dan buruk sangka. Serangan syaitan itu kadang bentuk yang pelbagai, merasa ujub dengan ilmu agama yang dimiliki, merasa lebih baik, salih dan sebagainya. Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq"  Hadis Riawayat ibnu Ady

2 golongan yang Rasulullah maksudkan adalah orang jahil yang beribadat dan orang alim yang fasiq. Bagi si jahil, syaitan menyuruh untuk terus rajin beribadat sedangkan ibadatnya sia-sia disisi ALLAH kerana kejahilan, dan syaitan menimbulkan dalam dirinya tidak mengaji, tidak mengkaji dan memperbaiki amalan. Bagi si alim yang sudah banyak ilmu pula, syaitan menyuruhhya untuk malas beribadat dengan mengemukakan pelbagai macam alasan sehinggalah dia perlahan-lahan meninggalkan amalan fardhunya. Kemudian pada masa yang sama, si alim akan merasa ilmunya penuh didada namun langsung tidak menyangka ilmu itulah yang menjadi musuh pada akhirat kelak. Maka, perlulah kita berhati-hati dalam urusan, tindak tanduk dan gerak kerja kita, berhati-hati agar amalan kita tidak mengundang dosa. Dosa yang kita tidak nampak jelas, kabur-kabur kerana dek merasakan kita sudah berada dalam golongan ‘orang baik-baik’. "Ok la tu, engkau tak buat pun perkara-perkara haram, ko baik bah..kuat amal lagi…tak salah..tak salah" (ni contoh bisikan-bisikan syaitan) Ha…kan kabur2 dah dosa kita tu. Kita pun berlarutan la dengan rutin harian kita yang kita tidak sedar mengundang leka, alpa dan akhirnya segala amalan tidak berfokus pada ALLAH.

Meraih iman sempurna

Raih kemanisan dalam nikmat iman
Bagi meraih iman yang sempurna,  cukuplah jika kita berbalik kepada Raja Kerajaan langit dan bumi. Sama-sama berusaha memperbaiki diri. sabda Rasulullah s.a.w:

“Kamu tidak akan merasai kemanisan iman sehingga kamu menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Tidak menyintai seseorang melainkan kerana Allah. Dan benci kembali kepada kekufuran seperti benci dibaling ke neraka.”

Sekadar peringatan agar kita gilap semula hati jika kita agar benar-benar ikhlas menjadi golongan orang yang membawa agama ALLAH. Wallahu'alam.

Friday, January 14, 2011

Tinta Amanah


Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
(An-Nahl: 91)

Terkesan dengan ayat diatas, seakan-akan meninggalkan peringatan yang besar dan mengingatkan janji dan amanah yang terpikul oleh seorang hamba yang lemah ini. Namun, janji yang dipegang, yang telah menjadi amanah akan sedaya upaya dilaksanakan semampu mungkin. Seluruh tenaga dan segenap ruang yang ada akan cuba dioptimakan, selagi terdaya. InsyaAllah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ‘berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah’, kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempat mu? Apakah kamu lebih menyenagi kehidupan di dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.”
At-Taubah: 38

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(At-Taubah: 41)

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (tidak ikut) kepadamu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.
(At-Taubah: 44)



awal sem.

Semester 2 sesi2010/2011. Banyak perkara berlaku sebelum mula semester dan sejak 2 menjak ni. Walau apapun, hidup mesti diteruskan atas dasar perjuangan. Kini,sudah 2 minggu kuliah bermula. Perancangan semester kali ni perlu diteliti dan disusun rapi agar penggunaan masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Tapi setiap nak mulakan semester, mesti semangat membuak-buak, nafsu hendak menuntut ilmu pun tinggi, tapi selalunya memang rasa macam ni setiap permulaan semester. Lama-kelamaan semangat tu akan hilang. Entah dimana silapnya pengurusan diri. Walau apapun, kekuatan dan semangat tu akan terus dicari agar mampu menghadapi hari-hari seterusnya yang tidak dapat dijangkakan.

Usaha: Double & triple

Untuk entri kali ni, saya cuba kongsikan satu konsep dalam finance. Untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, yang lumayan, kenalah ambil risiko yang tinggi…jika nak ambil jalan yang risiko rendah,kurang lumayan, pulangan juga rendah. There is risk return trade-off…Ni prinsip asas finance yang saya belajar. Prinsip ni boleh guna contohnya in term of investment la...kalau nak guna prinsip ni dalam dunia realiti, cuba kaitkan pula dengan kehidupan kita. Boleh la juga kita ubah sikit makna istilah tu kepada bentuk pengorbanan. Seseorang yang berkorban sehabis baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sebagai kontranya, seseorang yang malas berusaha dan sedikit untuk berkorban dan hasilnya juga akan mendapat hasil yang tidak seberapa. Sama jugalah kita guna konsep istilah n o  p a i n, n o  g a i n. Analoginya mudah,tapi sejauh mana kita nak terima konsep ini sebagai nilai yang bermakna dalam hidup kita, terpulanglah pada diri masing-masing. 


Apa pun, prinsip ini jika kita aplikasi dalam ‘konsep kehidupan’ masih boleh dikritik, sebab usaha yang tinggi tidak semestinya menjanjikan hasil yang terbaik ataupun menjamin sesuatu matlamat itu tercapai. Sebab apa? usaha tu mestilah juga ambil kira strategi, kaedah dan perlaksanaan. Bukan setakat berkorban ‘membuta tuli’ yang tidak ada matlamat yang jelas, tidak ada mekanisme yang betul. Maka, hasilnya, usaha yang dibuat hanyalah sia-sia. Tidakkah itu suatu yang merugikan? Contoh, kita nak pergi suatu tempat tapi oleh kerana nak tunjukkan usaha yang tinggi, kita tekad nak jalan kaki, nak tunjukkan pengorbanan yang tinggi. sedangkan banyak sangat bas yang lalu lalang. Kan menyusahkan diri namanya.. Sekarang dah banyak teknologi canggih, bayar bil, beli barang, reload guna cimbcliks. Emel, faks dan telefon bimbit semua dah memudahkankan kita. Segala-galanya dihujung jari. Jimat masa, jimat duit. Tidak perlu bermati-matian ambil masa panjang nak jumpa orang, nak baris-baris. Itu sekadar contoh mudah supaya kita lihat erti ‘usaha diri’ kita yang perlu bertepatan. Jangan sebab nak buat sesuatu tu kita tidak buat strategi usaha yang tidak bernilai. Kesimpulannya, lepas ni atur masa baik2, usaha baik2, fokus baik2. Lepas tu, senang la dapat banyak masa nak datang program jamaah. Ahli jamaah peneraju peribadi muslim cemerlang. (^^)

Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada bhul (tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan”
(Luqman: 22)
Nikmat yang tidak berkesudahan



Untuk akhirnya, terasa ingin berkongsi beberapa ayat lagi yang dipetik dari surah Luqman:

“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang dibumi untuk (kepentinganmu) dan menyempurnakan nikmatNya untukmu lahir dan batin. Tetapi di antara manusia ada yang membantah tentang (keEsaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan”
(Luqman: 20)

“Tidakkah engkau memperhatikan bahawa Allah memasukkan malam ke dalam siang dan masukkan siang ke dalam malam dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar sampai kepada waktu yang ditentukan. Sungguh, Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan”
(Luqman: 29)

“Demikianlah, kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) yang sebenarnya dan apa saja yang mereka seru selain Allah adalah batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Mahatinggi, Mahabesar”
(Luqman: 30)

Rasailah nikmat yang Allah kurniakan. Untuk senang nak rasa kemanisan nikmat Allah yang dah bagi dengan banyaknya dengan kita, ingat ja 3 perkara ni:
Dari mana kita datang.
Untuk apa kita dihidupkan.
Ke mana akan kita dikembalikan.
~ Jom kejar Redha Allah~