Thursday, September 29, 2011

Hari-hari kita


Hari lahir Dani
Salam alaik. Lama benar meninggalkan teratak blog yang disayangi ini. J
Alhamdulillah, semalam 28 september 2011, adalah hari lahir adik saya, Mohamad Syahdani bin Talitti, adik bongsu yang selalu dibuli dan juga suka membuli kat rumah.  Budak kecik yang kesian :p

Selamat hari lahir untuk Dani! Dah masuk 9 tahun. Memandangkan hari ni hari lahir dani, maka gambar kartun feveret saya dani menjadi hadiah. Peace :)




Boboi Boy mengucapkan "Selamat Hari Lahir Spesel untuk Dani! Jangan nakal-nakal tau!"




.saya.dani.yang.perasan.comel.tu.hihi.


Hari-hari lalu, sekarang, dan masa depan

Cerita tentang hari saya pula. :) Alhmdulillah, sekarang saya sudah berada di semester 7 dan bergelar pelajar tahun akhir, insyaAllah. Bakal menempuh semester yang tidak dapat di ramal keadaannya. Yang nyata, masih dikurniakan oleh Allah nikmat sibuk, nikmat penat dan letih. Sekurang-kurangnya semua rasa sakit dan letih itu dikorbankan hanya kerana agamaNya, agama yang di sanjung, yakni ISLAM yang tercinta.  InsyaAllah. Sakit, letih  dan sibuk bukannya suatu beban bahkan kita harus bersyukur kerana Allah masih mahu menguji diri kita dengan keadaan-keadaan sebegitu. Malah, kita perlu merasa bahawa saat itulah yang membuatkan diri kita rasa semakin dekat dengan Allah. Subhanallah.

Sebagai perkongsian untuk sedikit kesempatan untuk hari-hari kita ini..

Surah Al-mulk  Ayat 2:

“ Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” (67:2)


Mengapa Allah menjadikan kitaran seorang manusia bermula dari rahim seorang ibu, lahir membesar menjadi seorang bayi, kanak-kanak, remaja kemudian dewasa dan orang tua sebelum kita menempuh pula kehidupan alam barzakh?? Adakah semua ini kitaran hidup manusia yang akan berlalu begitu sahaja? atau sebenarnya tersingkap seribu makna yang tersendiri? Potongan ayat di atas tadi telah pun menjawabnya.


Sembanglah tentang hari yang pasti!

Selalunya bila kita bincang tentang mati, selalunya juga orang akan kata;

“Ish, tak baik la cakap soal mati ni, sembanglah benda lain!”

Hasilnya, dapat disimpulkan masyarakat zaman ini secara perlahan-lahan cuba lupakan tentang mati, dan mungkin juga ada yang sudah tidak tahu apa itu mati. Nauzubillah. Sepatutnya, ‘mati’ itu adalah perkara wajar untuk disebut-sebut supaya manusia sentiasa ingat. Lupa mati bermakna kita lupa arah tuju kita. Hidup tanpa arah mudahlah terpesong dengan benda-benda yang tak bermakna. Maka terciptalah hidup yang kosong. Maka, akhirnya nanti dia akan berkata; Life is nothing.

Jadi, bagaimana untuk sentiasa ingat mati? Bersembanglah tentang mati. Sambil duduk-duduk minum kopi sambil-sambil tu sembanglah tentang mati. Mahu tidak mahu, kopi yang diminum mungkin tidak akan tertelan. Tak sesuai? Tidak semestinya. Anda tidak perlu cakap tentang batu nisan, kain kapan, kubur and etc. Minta tolong kawan kat sebelah kira uban kat rambut pun dah boleh kira ingat mati kan?kan? 

'Tolong kira uban jap..dah tua rupanya aku ni..'
**gambar ni ambil dari image google search. maaf ya empunya kepala ini...**

Mengingati mati menajdi mukmin cemerlang

Sahabat yang dikasihi sekalian, orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat mati kerana dia sentiasa bersedia dengan amalnya di dunia untuk dipersembahkan kepada Sang Rabbi. Rasulullah s.a. w pernah ditanya;

“Ya Rasul Allah, Siapakah orang yang lebih bijak?” Maka jawab baginda “Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih banyak persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak” (Hadis Ibnu Majah dan Ibnu Umar RA).

Mengingati hari yang pasti itu menjadikan perbuatan kita berpandu, hidup terfokus. Tiada perkara lagha yang mudah membuai angan-angan. Tiada perkara maksiat mencalit iman. Terbinalah suatu dinding teguh membentengkan jiwa, mental dan fizikal daripada perkara-perkara yang mengundang dosa.  Amalan terjaga, kerja terarah dan segalanya menjadi ibadah. Terbentuklah kualiti seorang mukmin cemerlang. InsyaAllah. Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mengingat kehidupan yang sementara ini untuk Allah dan pastinya itulah juga akhirat yang bakal kita tuju.  Wallahualam.