Friday, November 18, 2011

Dariku Untukmu 1: Genggamlah Erti Perjuangan!


Bismillahirrahmanirrahim.

“Dan tidaklah mereka memberikan infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak (pula) melintasi suatu lembah (berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan”

Memikirkan situasi dan persekitaran sebagai ahli gerakan Islam yang sering diancam virus. Macam-macam virus yang menjengah. Virus-virus tersebut menyebabkan gejala-gejala kemalasan, kelesuan dan kegelinciran dalam perjuangan. Oh virus, kenapalah engkau menyerang! Kelemahan konsep ‘pengorbanan’ yang kurang difahami dan diserap masuk kedalam jiwa-jiwa ahli gerakan Islam menyebabkan ramai yang tersadung dalam perjalanan dakwah. Ya, tersadung sahaja adalah perkara biasa, tapi jangan sampai tersadung kita tidak mampu bangkit kembali!

Mengapa lupa dan tidak sedar?

Alahai, sering sahaja lupa dan tidak sedar. Bukannya sekali diingatkan tapi berkali-kali. BERKALI-KALI. Malah jiwa dan sabar itu sudah sebati dan sangat mengenali kerana sentiasa bersama. Namun kadang kala si jiwa sudah bosan dengan kehadiaran si sabar itu. Sering kali sahaja dia bertandang namun si jiwa masih belum mendapat kepuasan dari tandangannya. Baiklah, si jiwa sekarang cuba memahami bahawa ‘manusia itu kejadiannya tidak sempurna’ dan ‘manusia itu sememangnya mudah lupa’. Baiklah, si jiwa masih mahu menerima si sabar. Hai, cik Sabar!

Peranan sebagai ahli gerakan Islam perlu difahami sedalam-dalamnya apa dan mengapa kita perlu berada dalam golongan tersebut. Bukan kerana keterpaksaan, bukan juga kerana ikutan. Medan hari ini bukannya menutut jihad qital (peperangan) seperti lembaran sirah zaman Rasululullah dahulu kala yang jauh lebih mencabar ujian dalam tuntutan jihadnya. Bukannya perlu mengangkat senjata bertempur dengan pihak musuh melawan kezaliman untuk mahu tertegaknya ISLAM. Kita ini rantai perjuangan Rasulullah s.a.w bukannya pemula bukan juga pengakhirannya. Hari ini, zaman kita berbeza, cara kita berbeza, tuntutan jihad kita berbeza. Ia perlukan strategi dan cara. Cara kita melalui idealisme, suara dan kuasa. Idealisme, suara dan kuasa yang mahu tertegakknya ISLAM. Namun, idea dan pemikiran sahaja tidak cukup,  perlaksanaan perlu ada. Perlaksanaan sahaja tidak lengkap. Sikap dan tindakan kearah perlaksanaan perlu seiring.

Baiklah. Mudahnya disebut dengan kata-kata. Hati saya tidak mampu melintasinya dan lidah saya kelu untuk menterjemahkannya. Secara mudahnya, kita perlu memahami bahawa teori dan praktikal adalah dua perkara yang berada di medan berbeza namun kedua-duanya memerlukan antara satu sama lain. Jika teori tanpa praktikal, maka pincanglah keberhasilannya. Hilanglah teori perlahan-lahan begitu sahaja kerana tidak digunakan dalam medan yang sepatutnya. Begitu juga praktikal tanpa teori, hilanglah matlamat dan panduannya, menyebabkan kerja tidak terpandu dengan cara yang sepatutnya. Ringkasnya, bercakap dan idea sahaja tidak cukup jika tidak disusuli dengan tindakan dan perlaksanaan. Oh ya, saya kaitkan dengan ayat sebelum ini: Sikap dan tindakan kearah perlaksanaan perlu seiring. Kenapa S I K A P ? Kerana saya fikir sikap itu dapat ‘mengukur’ keikhlasan dan pengorbanan tindakan yang kita lakukan.

Maka, sebenarnya bagaimana mahu membentuk ahli gerakan islam yang berkualiti? Pembentukan kualiti yang saya maksudkan disini bukan sahaja bermaksud kualiti pada saat satu-satu masa penghasilan dan kelahirannya sebagai ahli gerakan islam yang menitip bait-bait perjanjian dengan perjuangan islam, tetapi kualiti yang seiring dengan nilai keseluruhan hidupnya terhadap perjuangan islam.


Lenturkan peribadi pejuang!

Proses pembentukan peribadi pejuang memerlukan strategi internal dan external. Internal dari sudut dalaman individu itu sendiri dan external dari sudut persekitaran dan luaran pejuang islam. Namun, perlu diingat bahawa Rasulullah s.a.w sendiri telah mengajarkan proses pembentukan peribadi pejuang yang berkualiti. (Link). Usaha pembentukan peribadi pejuang dapat dicapai jika amal jamaie (harakah Islamiyyah), amal Ijtimaie (Masyarakat), amal fardi (Individu) diusahakan secara konsisten dan seimbang. Namun tuntas saya katakan bahawa kelenturan peribadi pejuang perlu untuk mempunyai:  
  1. Kekuatan Jasad/Fizikal (jisimiyyah): kekuatan fizikal penting sebab kita nak bergerak kerja
  2. Kekuatan Roh: kekuatan dalaman, boleh bentuk dengan hubungan yang kuat dengan Allah
  3. Kekuatan Fikrah : kefahaman dan fikrah yang jelas

Jadi, inilah kelenturan peribadi pejuang sebenar. kuat fizikal, kuat dalaman dan kuat fikrah. Barulah kuat dalam jalan dakwah. Maka, penyakit LUPA dan TIDAK SEDAR dengan tanggungjawab yang terpikul akan DIINGAT semula. Gejala kegelilinciran, kelesuan, keciciran, dan banyak ke……..an2 lagi boleh dihindarkan. Sama-sama mengingatkan.



Islam matlamat kami

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal dalam perjuangan)”  
(Al-Imran :142)

Perjalanan dakwah memerlukan erti perjuangan sebenar sehingga kita benar-benar faham bahawa tiada yang hanya akan tertegak melainkan ISLAM yang tercinta. Kerana apa? Kerana itulah sebenar-benar Ad-din yang mampu meletakkan nilai kehidupan sebenar-benar kehidupan. Namun,. Jangan bermimpi jika kita fikir ISLAM ini tertegak dengan mudah dan cepat. Perjalanan dakwah masih panjang. Usaha keras dan pengorbanan diperlukan. Strive for Mardhatillah!

No comments: