Monday, October 17, 2011

Langkah Tercipta


Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Kelak Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.” 

(At- Thalaaq: 7)


Liku-liku kehidupan adalah ujian daripada Allah s.w.t kepada hamba-hamba yang disayanginya. Walau seberat mana pun ujian tersebut, itulah sebenarnya tanda kasih sayangNya kepada kita kerana masih ramai lagi hamba-hambanya dibiarkan tanpa ujian dan sentiasa dibiarkan berasa senang dengan kehidupannya. Bukankah keadaan itu lagi merisaukan jika berlaku kepada kita? Nah, berbahagialah orang-orang yang ditimpakan pelbagai ujian dalam hidupnya kerana ia bermakna kita masih lagi diberi peluang untuk mendapatkan sesuatu dalam perjalanan hidup. Namun, usah merasa lelah untuk mengharapkan rahmatNya jika berat ujian yang diterima sudah terasa tidak tertanggung lagi. Percayalah bahawa setiap dari kita bakal mengadapi pelbagai liku kehidupan yang pelbagai, dan pastinya dalam liku kehidupan itu, juga mengandungi ujian malah yang lebih berat lagi yang ditimpakan kepada orang lain. Mengapa ujian yang kita terima tidak sama dengan ujian dan perjalanan hidup orang lain? Mengapa kita rasakan beban dan liku hidup kita adalah duri paling tajam dan ujian paling berat sedangkan tanpa sedar ujian itu sebenarnya tidaklah sebeban mana jika mahu dibandingkan dengan orang-orang yang diuji dengan perjalanan hidup yang jauh lebih berat!

Yakinlah. Allah tahu kadar kesanggupan setiap hambanya. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Yakinlah, bahawa perjalanan masih panjang untuk menilai kehidupan sebenar. Cedoklah pengalaman hidup untuk kecap kehidupan yang lebih bermakna, Hidup mencari dan mengenal Rabb Yang Esa. 



 “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, dan ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkau lah pelindung  kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir” 

(Al-Baqarah:286)


Langkah Tercipta-UNIC
Semalam aku kelukaan, 
kecewa kehampaan, 
mencalar ketabahan, 
mimpi yang sering ku harapkan, 
menjadi kenyataan, 
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini, 
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan, 
semangat tenggelam, 
lemah daya, 
haruskah aku mengalah, 
namun jiwaku berbisik, 
inilah dugaan.
Dan langkahku kini terbuka, 
pada hikmah dugaan, 
uji keimanan (menguji keimanan), 
tak dilontarkanNya ujian, 
di luar kekuatan, 
setiap diri insan.
Allah... 
Pimpinlah diriku, 
tuk bangkit semula, 
meneruskan langkah, 
perjuangan ini, 
cekalkan hati dan semangatku, 
kurniakan ketabahan, 
agar mimpi jadi nyata, 
padaMu ku meminta.
Daku mohon agung kudratMu, 
wahai Tuhan yang satu, 
segalanya dariMu.


 Ayuh.  Mari kita buka buku baru. Motivasikan jiwa, tiupkan semangat baru! Pasti boleh!




p/s: Entri ini dedikasi buat Cik Sabriah Talitti ^^

1 comment:

abah aman said...

salam,
bersabar itulah kejayaannya...