Tuesday, December 25, 2012

Hi! :)


Assalamualaikum. 

Ok, biasanya saya cuba membuat sedikit catatan blog adalah ketika saya berada dalam keadaan yang penuh emosi, mungkin terlalu bersemangat, terlalu gembira atau terlalu geram, & etc. Pokok pangkalnya mesti 'ada seseuatu tak kena' yang berlaku, rasa nak tulis je kat blog comelni (haha perassannya). Tu la orang yang baca blog ni kadang tak faham pun apa benda la saya merepek ni kan..,sebab tulisan saya memang agak celaru, jalan cerita sungguh la complicated, susunan ayat yang tidak difahami maksudnya. Jadi...saya minta maaf k! kadang memang bila keja taip menaip ni selalu syok sendiri..^_^

Ermmm.....
Deretan hari-hari yang berlalu dan pergi, seakan-akan terasa cepat sahaja masa berlalu. Sebenarnya sejak dua menjak ni saya banyak buat pemerhatian, berfikir tentang sikap, sifat, perilaku, tindakan, gaya, dan cara manusia di sekeliling mengikut situasi dan keadaan tertentu. Kadang saya akan membuat hipotesis, inferens dan juga mungkin kesimpulan dengan monolog dalaman saya sendiri. Kesimpulan yang saya buat bukanlah bermakna tepat dan benar, ia sekadar kesimpulan yang membentuk andaian umum. Bait surah Alhujurat ayat 12 juga saya masih pegang untuk 'guide' kadar kesimpulan saya :). Husnudzon ~

Ya, mungkin ada yang saya cari dalam 'task' peribadi ini. Mungkin ini juga antara faktor pengaruh perbincangan saya dengan geng kereta kak fate yang riuh membincang tentang 'perbezaan dua gender yang berbeza' atau juga susulan daripada proses pembacaan buku terjemahan  'Men Are From Mars, Women Are From Venus'. Pengaruh dua kejadian ini sebenarnya penyumbang terbesar 'habit' pelik saya sekarang!. Namun, saya akui dengan hemat peribadi saya sendiri bahawa bukan hal-hal  perbezaan yang saya utamakan dalam menilai pemerhatian, tetapi kepada Sang Pencipta jua disandarkan rasa "KAGUM" yang tidak terkira. Perkara ini juga menuntut saya lebih memikirkan skop "PENYELESAIAN" dan bukannya "PERBEZAAN".


Hmm..
Alhamdulillah, usai usrah dua hari lepas, terasa bateri di fikiran dan jiwa tercaj semula. Aura dan suntikan semangat daripada kakak naqibah yang sangat dikagumi sebenarnya. Setiap kali selepas usrah, itulah yang saya rasakan, dan saya juga berharap, sahabat yang lain begitu juga. Walaupun kadang 'bateri' yang dicaj tidak tahan lama, namun sekurang-kurangnya ia mampu merangsang ion-ion +ve  terus aktif, galak bertindak balas dengan ion -ve.

Teringat bait kata naqibah menyentuh tentang 'graf' penglibatan ahli gerakan islam..ia sebenarnya tidak lari daripada titik menjunam jatuh dan mungkin hingga tahap sifar. Sifar bermakna sepi dan menghilang tanpa banyangan. Walau hebat macamana pun orang tu dalam dakwah, ia pasti tidak lari daripada sakit yang sering dibawa dek ujian dan arus kehidupan yang berfasa-fasa.

Pada mulanya Fasa usia mude-mude, tarbiyah tinggi..point kat graf memuncak sampai maksima..sebab semangat orang muda ni selalunya hebat-hebat belaka...kemudian,  fasa *barukawen* point kat graf turun sikit sebab orang kata kalau baru kawen ni feelnya lain (org kata la...), Lepastu, fasa beranak pinak...ha.. ni lain sikit, bergantung pada kekuatan kita nak bagi point tinggi terus atau nak bagi point graf rendah dan terus jatuh. Teringat pula saya pesanan seseorang, "nak tahu boleh istiqomah atau tidak seseorang, tunggu dia beranak pinak smapai 3 orang anak, kalau dah tu dia mampu berdiri lagi di medan gerakan dakwah, insyaAllah orang tu mampu istiqomah".  Sebab selalunya kalau dah ada anak2 ni, cabaran dan tangungjawab lebih besar, kita diuji bukan sahaja dengan amanah dan tangungjawab tu, tapi teruji juga dengan kesenangan untuk sentiasa bersama keluarga. Fasa akhir adalah fasa dah nak masuk alam tue-tue (tua-tua).hehe. Eh, yang ni kalau tak silap point graf tinggi....sebab dah mungkin insaf dengan tangunggjawab dan amanah diri yang tak selari dengan peningkatan usia. But, ini semua common graf la, sebab tu tak masuk lagi 'unexpected' events kat graf ye. Jadi, be aware. Graf biarlah sekadar graf. Cukup sekadar asas untuk kita merancang, dan paling penting-bersedia diri !





Fasa 1- Orang Muda Semangat Muda!
Fsasa 2- Ok...Just Married.



Fasa 3-Keluarga Sakinah..insyaAllah
Fasa 4- Ni fasa last tu..kita dah meningkat 'matang'. .
Tok aba, senyum2 laaa sket..


Lastly, saya mendoakan semua keluarga dan sahabat-sahabat saya berada dalam lingkungan iman, islam dan rahmatNya..Moga Allah sentiasa memilih kita untuk termasuk dalam golongan orang-orang yang membantu agamaNya dan moga kita sentiasa menjadi pilihan antara hamba-hamba yang menerima hidayahNya..amiin.