Sunday, June 6, 2010

Jalinan yang tidak berakhir: UTM & JAKMAS AB UMS

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, semalam baru sahaja tamat program bersama JKM KTC- UTM. Rasa sedih sebab berpisah dengan sahabat-sahabat UTM walaupun kenal sekejap. Terminal dua menjadi tempat perpisahan sementara JKM KTC-UTM dengan JAKMAS AB UMS. Terima kasih semua !! Kenangan di Kg Sambah Tuaran, family angkat tercinta , adik-adik Kg sambah yang ceria-ceria, kenangan naik Gunung kinabalu, puncak gunung, checkpoint, porter dan tongkat, tangga pendek dan panjang, tour ums, air kelapa plastik, manukan island,ikan-ikan, dan semua la kenangan yang dah tercipta sepanjang hampir seminggu lebih sama-sama berprogram.

Jakmas ab tengah buat persediaan menanti rombongan UTM (shafiq, yanti, amor, dan suhaimah..Izzah tengah snap gambar)


Laluan ke Kg Sambah Tuaran yang menjadi destinasi program Khidmat Masyarakat & Pendidikan



bersama adik-adik Kg Sambah yang ceria-ceria


buat apa tu??


beratur-beratur....


Kg Sambah....pandangan dari atas bukit


UTM....'Bolehbahkalaukau'......versi sharir



Sempat bertandang ke rumah kak Faridah


misi seterusnya...menawan Gunung Kinabalu


Pemandangan indah......


Alhamdulillah...sampai jugak akhirnya




Slot penutupan JKM KTC-UTM dan JAKMAS AB UMS




To : Rombongan UTM~ A.Bad, A.Shuk , Dayah ,Dija, Dila, Nana, Kak Ros, Daud, Farid, Syam, Hafiz1, Hafiz2, Hairi, Zack, Sharir, dan Hassan. Semua kenangan berprogram bersama pasti tidak dilupakan. Arigato~jemput-jemputlah datang Sabah lagi ya! Moga ikatan persahabatan yang di dasari lillahitaala ini berkekalan hendaknya..amiin

InsyaAllah nantikan pula kedatangan kami ke Johor bulan disember nanti.=)



Saturday, May 29, 2010

Cerita darinya


Setelah sekian lama, akhirnya dia tersedar. Tersedar dari lamunan yang jauh menyimpang dari jalan yang sepatutnya. Jalan yang ada tanggunggjawab. Jalan yang ada harapan tinggi dari sahabat-sahabatnya. Jalan yang dia sendiri dia yakin benar. Jalan yang mampu mengubah palsu kepada benar. Jalan yang memerlukan usaha dan pengorbanan. Dia tahu, dan sangat tahu. Namun saat bila iman diuji, dia mudah lemah. Sangkaan manusia disekeliling pasti terpesong dengan apa dirinya yang sebenar. Hatinya perit melawan segala-galanya bersendirian. Dia tahu dia berdosa, namun dirinya tidak mampu menegakkan kemampuan dirnya sendiri. Dia hilang percaya, hilang keyakinan, hilang kebergantungan. Masih ada harapankah??

Tempoh itu terlalu sia-sia bagi dirinya. Dia hampir hanyut. Hampir lemas.

Namun prinsip hidup mengingatkan sebelum ini dan membuatkan dirinya masih tegar melawan hasutan-hasutan iblis yang menerpa. Baginya iblis terlalu ‘profesional’ menjaga tindak tanduk dirinya. Dia juga tahu bahawa iblis juga sedang mengatur strategi untuk menyelit masuk di setiap genap fikiran, gerak hati dan apa jua tindakannya. Kadang-kadang inilah dilema yang sedang melanda dirinya: sedar kerana tarbiyah atau kalah dengan hasutan iblis yang selalu menjengah fikirannya sehingga membuatkan dia sendiri tidak faham dengan ‘perangai’ dirinya sendiri yang sebenar.

Dia tahu, apabila setiap orang yang sedar akan kesilapannya, pastinya dosa yang dilakukan disucikan dengan taubat, terdetik rasa silap walau sekecil manapun, penuh rasa insaf. Selalunya itulah yang dia rasakan. Namun, saat itu entah mengapa sukar bagi dirnya menjernihkan kembali warna hati yang semakin gelap. Dosa-dosa yang dilakukannya hanya diselitkan dengan rasa insaf yang sementara, kemudian rasa alpa lebih cepat menguasai diri, dan akhirnya...dosa berulang.

Lemahnya dirinya sebagai hamba. Namun, hidayah milik Allah. Allah lebih mengetahui tentang apa yang ditentukanNya. Masih ada lagi sisi-sisi cahaya yang tenggelam timbul dalam hatinya. Cahaya yang tenggelam timbul itulah yang masih memberi harapan. Terdetik rasa ‘belum terlambat’ dalam pendiriannya. Terimbau sejarah hidupnya yang cukup bermakna. Terasa sentuhan kasih sayang Allah pada dirinya. Doanya saat itu hanyalah “Allah, Allah, Allah, hamba mohon hidayah dan petunjukMu, bantulah hambaMu ini”

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya”

(Al Maidah, 5:35)

Persoalan hidupnya perlahan-lahan mula terlerai. Dia kini mampu bersikap tenang berhadapan dengan pertelingkahan dirinya sendiri. Langkah kecil yang dimulakannya membuahkan kasih sayang Tuhan yang tidak bertepi. Langkah kecilnya juga telah membuahkan hidayah dari Zat Maha Agung untuk mendekatinya. Langkah Ilahi Rabbi lebih cepat kepadanya hanya kerana desiran hati yang terlintas untuk mendekatiNya.

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

(Al-Baqarah: 186)

Dia akhirnya tertunduk. Jasad dan rohaninya tunduk menghadap yang Esa. Masih ada harapan untuknya.

Wednesday, April 21, 2010

Kerja yang memuaskan

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun minggu exam tengah berjalan, tapi semangat mahu meng 'up date' kan blog makin menjadi-jadi pula. (Biar betul suhaimah ni). Classmate busy dengan buku-buku marketing, KBM, KPE, tapi sekarang saya sibuk dengan online, duduk menghadap laptop hp kesayangan.


Gambar hiasan

Petang tadi baru sahaja habis membersihkan ‘bangunan kesayangan’ dengan usahasama Yanti merangkap Exco 3k, bersama-sama 2 orang sahabat yang baik membantu, Aisyah dan Tika. Mula sampai, terkejut juga dengan keadaan bilik mesyuarat yang dipenuhi dengan segerombolan lalat yang berkejar-kejaran. Entah dari mana. Dan, mulalah operasi OPS Lalat jadinya. Pengarah program: Yanti.

Gotong royong mulanya 4 orang, lepas tu jadi dua sebab Aisyah dan Tika ada hal. Dua orang pun jadilah. Best juga rasanya keluarkan peluh petang-petang macam tadi. Dapat juga rasa angkat kotak yang berat-berat, panjat memanjat, usir-usir lalat, sapu menyapu, kemas mengemas dan naik turun tangga. Yang kesiannya Yanti, bila aktiviti lasak-lasak ni agak menyeksakan dia sikit. (mungkin anak manja kot. Hehe.. jangan marah yanti!) tapi yanti pura-pura jadi kuat dan cuba untuk jadi kuat tadi sebab dia nak kerja lancar. Itu barulah yang dikatakan muslimat power! Letih, tapi tidak kisah asalkan rasa puas hati bila bangunan tu nampak bersih sikit, mudah jika bermesyuarat, selesa mata memandang, menyejukkan mata bagi yang bertandang. Selepas semuanya sudah siap, sanggar dan air bandung cincau menjadi penghilang letih. Alhamdulillah. Lega...kerja beres untuk hari ni.

Pesanan Penaja:

Apapun, kepada semua pengguna bangunan JAKMAS AB harapnya dapat sama-sama jaga kebersihan bilik mesyuarat, bilik gerakan, surau, bilik YDP, bilik sekretariat, dan segala bilik yang ada di bangunan tu. Bangunan tu kena jaga baik-baik sikit sebab kalau ada apa-apa hal berlaku, bendahari juga yang dicari nanti. Guna barang, dan sepah-sepah barang adalah dibolehkan, tapi yang penting lepas tu harap kemaskan semula. Ok! Kebersihan salah satu cabang iman, kalau kebersihan tidak dijaga maknanya...? Fikir-fikirkanlah.

‘Kebersihan tanggungjawab bersama.’