Friday, January 14, 2011

Tinta Amanah


Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji, dan janganlah kamu merombak (mencabuli) sumpah kamu sesudah kamu menguatkannya (dengan nama Allah), sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai penjamin kebaikan kamu, sesungguhnya Allah sedia mengetahui akan apa yang kamu lakukan.
(An-Nahl: 91)

Terkesan dengan ayat diatas, seakan-akan meninggalkan peringatan yang besar dan mengingatkan janji dan amanah yang terpikul oleh seorang hamba yang lemah ini. Namun, janji yang dipegang, yang telah menjadi amanah akan sedaya upaya dilaksanakan semampu mungkin. Seluruh tenaga dan segenap ruang yang ada akan cuba dioptimakan, selagi terdaya. InsyaAllah.

“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa apabila dikatakan kepada kamu, ‘berangkatlah (untuk berperang) di jalan Allah’, kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempat mu? Apakah kamu lebih menyenagi kehidupan di dunia daripada kehidupan akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit.”
At-Taubah: 38

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(At-Taubah: 41)

“Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin (tidak ikut) kepadamu untuk berjihad dengan harta dan jiwa mereka. Allah mengetahui orang-orang yang bertakwa.
(At-Taubah: 44)



awal sem.

Semester 2 sesi2010/2011. Banyak perkara berlaku sebelum mula semester dan sejak 2 menjak ni. Walau apapun, hidup mesti diteruskan atas dasar perjuangan. Kini,sudah 2 minggu kuliah bermula. Perancangan semester kali ni perlu diteliti dan disusun rapi agar penggunaan masa yang ada dimanfaatkan sepenuhnya. Tapi setiap nak mulakan semester, mesti semangat membuak-buak, nafsu hendak menuntut ilmu pun tinggi, tapi selalunya memang rasa macam ni setiap permulaan semester. Lama-kelamaan semangat tu akan hilang. Entah dimana silapnya pengurusan diri. Walau apapun, kekuatan dan semangat tu akan terus dicari agar mampu menghadapi hari-hari seterusnya yang tidak dapat dijangkakan.

Usaha: Double & triple

Untuk entri kali ni, saya cuba kongsikan satu konsep dalam finance. Untuk mendapatkan pulangan yang tinggi, yang lumayan, kenalah ambil risiko yang tinggi…jika nak ambil jalan yang risiko rendah,kurang lumayan, pulangan juga rendah. There is risk return trade-off…Ni prinsip asas finance yang saya belajar. Prinsip ni boleh guna contohnya in term of investment la...kalau nak guna prinsip ni dalam dunia realiti, cuba kaitkan pula dengan kehidupan kita. Boleh la juga kita ubah sikit makna istilah tu kepada bentuk pengorbanan. Seseorang yang berkorban sehabis baik untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Sebagai kontranya, seseorang yang malas berusaha dan sedikit untuk berkorban dan hasilnya juga akan mendapat hasil yang tidak seberapa. Sama jugalah kita guna konsep istilah n o  p a i n, n o  g a i n. Analoginya mudah,tapi sejauh mana kita nak terima konsep ini sebagai nilai yang bermakna dalam hidup kita, terpulanglah pada diri masing-masing. 


Apa pun, prinsip ini jika kita aplikasi dalam ‘konsep kehidupan’ masih boleh dikritik, sebab usaha yang tinggi tidak semestinya menjanjikan hasil yang terbaik ataupun menjamin sesuatu matlamat itu tercapai. Sebab apa? usaha tu mestilah juga ambil kira strategi, kaedah dan perlaksanaan. Bukan setakat berkorban ‘membuta tuli’ yang tidak ada matlamat yang jelas, tidak ada mekanisme yang betul. Maka, hasilnya, usaha yang dibuat hanyalah sia-sia. Tidakkah itu suatu yang merugikan? Contoh, kita nak pergi suatu tempat tapi oleh kerana nak tunjukkan usaha yang tinggi, kita tekad nak jalan kaki, nak tunjukkan pengorbanan yang tinggi. sedangkan banyak sangat bas yang lalu lalang. Kan menyusahkan diri namanya.. Sekarang dah banyak teknologi canggih, bayar bil, beli barang, reload guna cimbcliks. Emel, faks dan telefon bimbit semua dah memudahkankan kita. Segala-galanya dihujung jari. Jimat masa, jimat duit. Tidak perlu bermati-matian ambil masa panjang nak jumpa orang, nak baris-baris. Itu sekadar contoh mudah supaya kita lihat erti ‘usaha diri’ kita yang perlu bertepatan. Jangan sebab nak buat sesuatu tu kita tidak buat strategi usaha yang tidak bernilai. Kesimpulannya, lepas ni atur masa baik2, usaha baik2, fokus baik2. Lepas tu, senang la dapat banyak masa nak datang program jamaah. Ahli jamaah peneraju peribadi muslim cemerlang. (^^)

Dan barangsiapa berserah diri kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada bhul (tali) yang kukuh. Hanya kepada Allah kesudahan segala urusan”
(Luqman: 22)
Nikmat yang tidak berkesudahan



Untuk akhirnya, terasa ingin berkongsi beberapa ayat lagi yang dipetik dari surah Luqman:

“Tidakkah kamu memerhatikan bahawa Allah telah menundukkan apa yang ada di langit dan apa yang dibumi untuk (kepentinganmu) dan menyempurnakan nikmatNya untukmu lahir dan batin. Tetapi di antara manusia ada yang membantah tentang (keEsaan) Allah tanpa ilmu atau petunjuk dan tanpa kitab yang memberi penerangan”
(Luqman: 20)

“Tidakkah engkau memperhatikan bahawa Allah memasukkan malam ke dalam siang dan masukkan siang ke dalam malam dan Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar sampai kepada waktu yang ditentukan. Sungguh, Allah maha teliti apa yang kamu kerjakan”
(Luqman: 29)

“Demikianlah, kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Tuhan) yang sebenarnya dan apa saja yang mereka seru selain Allah adalah batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah Yang Mahatinggi, Mahabesar”
(Luqman: 30)

Rasailah nikmat yang Allah kurniakan. Untuk senang nak rasa kemanisan nikmat Allah yang dah bagi dengan banyaknya dengan kita, ingat ja 3 perkara ni:
Dari mana kita datang.
Untuk apa kita dihidupkan.
Ke mana akan kita dikembalikan.
~ Jom kejar Redha Allah~

No comments: