Wednesday, April 13, 2011

Dosa yang dikaburi

Makna hidup
Apalah makna berdiam itu sedangkan akal tidak bertindak berfikir. Apalah makna celik itu andai langsung tidak mampu menilai dengan mata hati. Apalah makna petah berbicara andai tidak disusuli tindakan. Apalah makna dikenali hebat jika hati tidak bersulam ikhlas. Apalah makna nama, rupa dan darjat andai jiwa kontang merasa diri sebagai HAMBA dan rasa punya Tuhan.

Dosa yang dikaburi
Dosa dan pahala.tidak dapat nampak

Tidak kira siapa pun kita, jika bernama manusia kita tidak akan lari daripada melakukakan dosa. Setiap hari, setiap jam, setiap detik, akan ada saja dosa yang kita lakukan, hatta sewaktu mahu melakukan kebaikan sekalipun. Bagaimana dosa diperoleh bila kita mahu melakukan kebaikan? Tepuk dahi, tanyalah hati. Kadang bila melakukan kebaikan, timbul rasa riak, takbur. Bila nak bersedekah, keluarkan not 50 ringgit sudah timbul rasa ‘bangga’ diri dengan nilai itu. Itulah dikatakan dosa dalam pahala. Belum termasuk lagi rasa bangga sebab ketika menyampaikan ucapan-ucapan yang kadang kita rasa hujah kita hebat. Belum masuk lagi bila kita dikatakan orang yang beramal salih, kuat beribadat, rajin dan sebagainya. Pujian-pujian datang menerpa dan memakan diri kita sendiri. Begitulah, pahala yang kita cemari dengan hanya terpesongnya sepalit rasa yang timbul dalam hati. Aduhai, moga dijauhi. Bab tentukan dosa dan pahala saya tidak mahu ulas panjang, sebab itu urusan Tuhan. Yang penting, moga segala amal yang kita lakukan adalah sebenar-benar amal yang disulami dengan keikhlasan.

Sebagai manusia biasa, kita tidak lari daripada melakukan dosa kerana sifat kesempurnaan hanyalah layak pada nabi dan rasul. Malah, musuh kita yang utama iaitu syaitan laknatullah sudah bersumpah hendak menyesatkan anak nabi Adam hinggalah kita tunduk dan patuh kepadanya. Bukankah kita sudah sedar? Kenapa nak bercakap mengenai dosa yang kita kaburi? Sebab kita selalu menganggap diri kita ini sudah cukup sempurna, orang yang dikatakan faham mengenai agama, apalagi bila dikatakan orang yang bergerak kerja dalam jalan dakwah. Contoh mudah la yang biasa dengar, couple islamik. Rasa sedap kot couple islamik, jaga batas aurat, xsentuh2, jaga sini sana tapi, hati? Tak jaga pun. Kan. Siapa tau. Ni contoh biasssaaa la, dah boring dengar. Iya kan??? Tapi realiti masih ramai yang buat!! Syaitan kaburkan dosa kita dengan amalan yang kita buat. Kita tertipu lagi. Saya tidak berniat mahu menembak sesiapa tapi sekadar mahu memberi peringatan bersama agar kita tidak lupa sehinggakan kita tidak sedar segala amal yang kita ‘sangka’kan baik, kita merasa yakin sang malaikat  sudah tuliskan pun amalan kita. Tetapi, adakah benar-benar amalan kita diterima?

Kita jangan lupa bahawa 5 rintangan utama terutamanya dalam perjuangan jalan dakwah adalah orang mukmin yang dengki padanya, orang munafik yang membencinya, orang kafir yang mahu memeranginya, syaitan yang hendak menyesatkannya dan nafsu yang sentiasa bertarung dengannya. Nah, sudah jelas bahawa orang-orang yang berada dalam jalan dakwah ni sebenarnya lebih banyak ujian yang menguji dirinya. Kita boleh refer semula al-ankabut ayat 1-3;

“Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa ‘kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji lagi?’ Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahu orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahu orang-orang yang dusta”

Ingatlah bahawa jalan dakwah bukan senang. Kalau refer buku bahtera penyelamat by Fathi Yakan, antara rintangan para daie adalah syaitan yang ingin menyesatkan. Bagaimana syaitan menyelinap? Melalui kemarahan, nafsu syahwat, sifat tergesa-gesa, hasad dengki, sifat kikir, takkabur, dan buruk sangka. Serangan syaitan itu kadang bentuk yang pelbagai, merasa ujub dengan ilmu agama yang dimiliki, merasa lebih baik, salih dan sebagainya. Daripada Anas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:

"Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq"  Hadis Riawayat ibnu Ady

2 golongan yang Rasulullah maksudkan adalah orang jahil yang beribadat dan orang alim yang fasiq. Bagi si jahil, syaitan menyuruh untuk terus rajin beribadat sedangkan ibadatnya sia-sia disisi ALLAH kerana kejahilan, dan syaitan menimbulkan dalam dirinya tidak mengaji, tidak mengkaji dan memperbaiki amalan. Bagi si alim yang sudah banyak ilmu pula, syaitan menyuruhhya untuk malas beribadat dengan mengemukakan pelbagai macam alasan sehinggalah dia perlahan-lahan meninggalkan amalan fardhunya. Kemudian pada masa yang sama, si alim akan merasa ilmunya penuh didada namun langsung tidak menyangka ilmu itulah yang menjadi musuh pada akhirat kelak. Maka, perlulah kita berhati-hati dalam urusan, tindak tanduk dan gerak kerja kita, berhati-hati agar amalan kita tidak mengundang dosa. Dosa yang kita tidak nampak jelas, kabur-kabur kerana dek merasakan kita sudah berada dalam golongan ‘orang baik-baik’. "Ok la tu, engkau tak buat pun perkara-perkara haram, ko baik bah..kuat amal lagi…tak salah..tak salah" (ni contoh bisikan-bisikan syaitan) Ha…kan kabur2 dah dosa kita tu. Kita pun berlarutan la dengan rutin harian kita yang kita tidak sedar mengundang leka, alpa dan akhirnya segala amalan tidak berfokus pada ALLAH.

Meraih iman sempurna

Raih kemanisan dalam nikmat iman
Bagi meraih iman yang sempurna,  cukuplah jika kita berbalik kepada Raja Kerajaan langit dan bumi. Sama-sama berusaha memperbaiki diri. sabda Rasulullah s.a.w:

“Kamu tidak akan merasai kemanisan iman sehingga kamu menyintai Allah dan Rasul lebih dari segalanya. Tidak menyintai seseorang melainkan kerana Allah. Dan benci kembali kepada kekufuran seperti benci dibaling ke neraka.”

Sekadar peringatan agar kita gilap semula hati jika kita agar benar-benar ikhlas menjadi golongan orang yang membawa agama ALLAH. Wallahu'alam.

2 comments:

KD said...

nice~

nk share d facebook plak..

Unknown said...

thanx.

no problem~
sm2 share