Wednesday, April 21, 2010

Kerja yang memuaskan

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun minggu exam tengah berjalan, tapi semangat mahu meng 'up date' kan blog makin menjadi-jadi pula. (Biar betul suhaimah ni). Classmate busy dengan buku-buku marketing, KBM, KPE, tapi sekarang saya sibuk dengan online, duduk menghadap laptop hp kesayangan.


Gambar hiasan

Petang tadi baru sahaja habis membersihkan ‘bangunan kesayangan’ dengan usahasama Yanti merangkap Exco 3k, bersama-sama 2 orang sahabat yang baik membantu, Aisyah dan Tika. Mula sampai, terkejut juga dengan keadaan bilik mesyuarat yang dipenuhi dengan segerombolan lalat yang berkejar-kejaran. Entah dari mana. Dan, mulalah operasi OPS Lalat jadinya. Pengarah program: Yanti.

Gotong royong mulanya 4 orang, lepas tu jadi dua sebab Aisyah dan Tika ada hal. Dua orang pun jadilah. Best juga rasanya keluarkan peluh petang-petang macam tadi. Dapat juga rasa angkat kotak yang berat-berat, panjat memanjat, usir-usir lalat, sapu menyapu, kemas mengemas dan naik turun tangga. Yang kesiannya Yanti, bila aktiviti lasak-lasak ni agak menyeksakan dia sikit. (mungkin anak manja kot. Hehe.. jangan marah yanti!) tapi yanti pura-pura jadi kuat dan cuba untuk jadi kuat tadi sebab dia nak kerja lancar. Itu barulah yang dikatakan muslimat power! Letih, tapi tidak kisah asalkan rasa puas hati bila bangunan tu nampak bersih sikit, mudah jika bermesyuarat, selesa mata memandang, menyejukkan mata bagi yang bertandang. Selepas semuanya sudah siap, sanggar dan air bandung cincau menjadi penghilang letih. Alhamdulillah. Lega...kerja beres untuk hari ni.

Pesanan Penaja:

Apapun, kepada semua pengguna bangunan JAKMAS AB harapnya dapat sama-sama jaga kebersihan bilik mesyuarat, bilik gerakan, surau, bilik YDP, bilik sekretariat, dan segala bilik yang ada di bangunan tu. Bangunan tu kena jaga baik-baik sikit sebab kalau ada apa-apa hal berlaku, bendahari juga yang dicari nanti. Guna barang, dan sepah-sepah barang adalah dibolehkan, tapi yang penting lepas tu harap kemaskan semula. Ok! Kebersihan salah satu cabang iman, kalau kebersihan tidak dijaga maknanya...? Fikir-fikirkanlah.

‘Kebersihan tanggungjawab bersama.’

No comments: