Saturday, April 17, 2010

Jangan manjakan diri!




Sebagai seorang daie pastinya jalan yang terbentang luas dihadapan bukannya mudah. Walaupun diri ini tidak layak bergelarkan title daie, namun selagi mana akidah kita bertunjangkan kalimah lailahaillallah sebagai teras utama kehidupan, maka selagi itulah kita perlu memainkan peranan sebagai seorang daie, tampil dihadapan masyarakat untuk membawa nilai ISLAM di tempat yang selayaknya.

Masalah konflik dalam diri @ masalah hati, masalah hubungan sesama individu dalam gerak kerja, masalah family, masalah akademik, masalah berhadapan dengan tekanan persekitaran yang mendesak, masalah study group, masalah kewangan dan masalah lain-lain lagi akan menjelmakan entiti masing-masing dan merempuh batang-batang tubuh kita tidak mengira warna kulit, masa, tempat atau keberadaan kita dalam situasi dimanapun. Walaupun kadang-kadang dihimpit perasaan putus asa, tidak bersemangat, berhenti tengah jalan dan sebagainya namun sebenarnya keadaan itulah yang akan memberi kekuatan luar biasa kepada kita bagi sesiapa yang memandang ujian Allah itu sebagai sesuatu yang penuh rahmat.

Namun, jika difikirkan semula masalah yang dihadapi, seberat mana sebenarnya ujian itu? Ujian yang sedikit menyebabkan kita sudah mengeluh tak berkesudahan, malas untuk bergerak kerja, mengasingkan diri tak sudah-sudah, dan sebagainya. Jika itulah diri kita maka suatu perubahan perlu dilakukan. Satu perkara yang perlu diingat adalah JANGAN TERLALU MANJAKAN DIRI! Jangan terlalu manjakan diri melayan perasaan yang tak sudah-sudah, memikirkan masalah diri sendiri sehinggakan lupa memikirkan orang lain. Disebabakan terlalu manjakan diri, kita sering bagi alasan untuk lari daripada sebarang gerak kerja, lari daripada tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya dipikul, lari daripada sahabat, dan lari daripada segala-galanya. Pendek kata mahu mengasingkan diri daripada belenggu Raja Zon Masalah . Kita bukan lagi budak-budak. Mahu dipujuk barulah bergerak. Budak tak tahu apa-apa. Tapi kita dah ada ilmu di dada, dah masuk zaman sekolah, dah pijak universiti.

Saat ditimpa seribu masalah, masih beringatkah kita bahawa berat manapun yang diuji olehNya, kita masih boleh bernafas. Kita masih ada nikmat pancaindera. Kita masih boleh melihat. Kita masih boleh makan. Kita masih boleh berdiri, bercakap dan menggunakan lagi nikmat Allah yang diberi. Sedangkan ada saudara kita yang diluar sana mencari rumput dan kayu untuk mengalas perut, kencing lembu dijadikan penghilang dahaga, anak-anak mati tanpa makanan dan penyakit yang menyerang, bintang dilangit jadi atap ketika tidur, anak-anak kecil mengangkat senjata untuk berperang, anak-anak yang kehilangan ibubapa, merempat dan berkeliaran, tidak terurus dan banyak lagi keadaan yang tidak dapat digambarkan secara abstrak semata-mata.

Bila masalah menimpa, kata-kata tercela yang biasanya keluar secara tak sedar mempersoalkan "Mengapa Tuhan menjadikan aku sedemikan rupa?" atau "Mengapa Allah tak adil beratkan aku dengan masalah ni?" Nah, padahal dalam masa yang sama dia tidak sedar bahawa penciptanya telah mengaturkan sesuatu yang baik untuknya. Allah telah berfirman yang bermaksud:

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” (At-Taubah :41)


Suatu Penyelesaian

Hanya satu tujuan entri kali ini iaitu mengajak kita supaya tidak berada dalam zon yang sangat selesa. Walaupun pastinya sesiapa pun antara kita yang pernah melalui tazkirah yang menginsafkan hati, usrah yang terkesan dijiwa, tamrin yang menggetarkan jasad rohani, dan apa jua yang memantapkan tarbiyah kita sekalipun jika terus diisi zon keselesaan yang melampau tanpa kawalan, pastinya hati, jiwa dan rohani kita akan mula terkikis secara perlahan-lahan atau paling tidak pun akan terusik dek hasutan syaitan yang sering berlegar-legar disekeliling kita. Ia harus dicegah segera. Maka satu penyelesaian untuk melatih diri kita supaya tidak manjakan diri; ingatlah bahawa seberat manapun masalah yang kita dihadapi pastinya ada orang lain yang lebih berat menghadapi ujian yang Allah beri. Hanya satu. RASAILAH RASA CUKUP. CUKUP dengan apa yang Allah beri, rasa CUKUP dengan apa yang Allah tentukan. Rasa CUKUP akan lahirkan rasa SYUKUR. SYUKUR membawa rasa HEBATNYA TUHAN!

No comments: