Monday, June 17, 2013

Kesilapan itu bernilai

'Man Shabara Zhafira'   Siapa yang bersabar akan beruntung.

Menjeling pada jam atas meja, hampir pukul 12 mlm. Sebelum tidur, saya sempat membuat penyenaraian tugasan yang perlu diselesaikan dalam minggu ini. Erm..Atur Meeting, Program, Usrah, dan menguruskan beberapa perkara urusan posting. Kalau fikir sepintas, tidaklah banyak mana. Cuma, 'beberapa' perkara itu semua sama penting untuk dilaksanakan..yang penting,hebatnya perasaan sekarang, iaitu.. Penat, tapi nikmat!

Belajar Dari Kesilapan
Bila sebut perkataan "ATUR" membuat saya tersenyum kambing. (kambing ..?).Saya senyum sendiri bila mengimbas kembali kisah beberapa bulan lepas terbelakang.Sebelum ni saya pernah bekerja dengan seseorang 'majikan'. Beliau adalah orang atasan dan juga merangkap panggilan seorang kakak. Beliau mempunyai perwatakan sangat kuat daya kepimpinannya, berkaliber dan kehadapan bila cara beliau befikir. Bekerja dengan beliau hampir 5 bulan (2 bulan terakhir paling klimaks) sangat bermakna dan menjadikan saya belajar 'sesuatu' daripada banyak yang berlaku. Walaupun kadang kala saya dibuat agak 'stres' tapi saya tahu bahawa.., Kesilapan itu Bernilai ;) saya  respect cara beliau berfikir dan cara beliau bekerja. Rasanya, sepanjang hidup, jarang benar jumpa seorang wanita muda bersemangat seperti beliau. Tidak keterlaluan jika gelar 'mutiara' dalam ratusan manusia. ribuan mungkin. Apapun, yang penting saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memberi banyak tunjuk ajar. Saya banyak belajar dari kehidupan. ^_^

U.S.T
Ini pula kisah bersama U.S.T.. Pengalaman disebuah pulau sebatik cukup membenakkan hati. 30 Mei 2013 adalah kali ketiga saya menjejakkan kaki ke sana. Namun, kali ketiga ini cukup berlainan sekali. Banyak memori yang berbekas di hati dan lebih banyak mengubat. Banyak belajar. Ego ditundukkan, belajar lebih ikhlas, Ukhuwahfillah, dan sekali lagi, saya belajar dari kehidupan ^_^. Terima Kasih U.S.T dan semua yang terlibat. Rupa-rupanya banyak insan lagi yang saya tak pernah jumpa, dan ingin saya jumpa.

Hehe. Cerita atas awang-awangan je, tak berapa nak jelas. maaflah kalau2 ada yang membaca tidak faham. :P
..(to be continued..)
(gambar : credit to azri al fateh)



p/s: Beberapa kali saya menekan keypad log in, cubaan untuk 'sign in' blog', akhirnya dapat juga menembus masuk. Alahai, betapa lamanya blog ini tidak dijenguk, sampaikan email dan password nya hampir dilupa =_=.




No comments: