Allah tidak
memikulkan beban kepada seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah
kepadanya. Kelak Allah akan memberikan kelapangan setelah kesempitan.”
(At- Thalaaq: 7)
Liku-liku
kehidupan adalah ujian daripada Allah s.w.t kepada hamba-hamba yang
disayanginya. Walau seberat mana pun
ujian tersebut, itulah sebenarnya tanda kasih sayangNya kepada kita kerana masih ramai lagi hamba-hambanya dibiarkan tanpa ujian dan sentiasa dibiarkan berasa senang dengan kehidupannya. Bukankah keadaan itu lagi merisaukan jika berlaku kepada kita? Nah, berbahagialah orang-orang yang ditimpakan pelbagai ujian dalam hidupnya kerana ia bermakna kita masih lagi diberi peluang untuk mendapatkan sesuatu dalam perjalanan hidup. Namun, usah merasa lelah untuk mengharapkan rahmatNya jika berat ujian yang diterima sudah terasa tidak tertanggung lagi. Percayalah bahawa setiap dari kita bakal mengadapi pelbagai liku kehidupan yang pelbagai, dan pastinya dalam liku kehidupan itu, juga mengandungi ujian malah yang lebih berat lagi yang ditimpakan kepada
orang lain. Mengapa ujian yang kita terima tidak sama dengan ujian dan
perjalanan hidup orang lain? Mengapa kita rasakan beban dan liku hidup kita
adalah duri paling tajam dan ujian paling berat sedangkan tanpa sedar ujian itu
sebenarnya tidaklah sebeban mana jika mahu dibandingkan dengan orang-orang yang
diuji dengan perjalanan hidup yang jauh lebih berat!
Yakinlah.
Allah tahu kadar kesanggupan setiap hambanya. Yakinlah bahawa setiap yang
berlaku pasti ada hikmahnya. Yakinlah, bahawa perjalanan masih panjang untuk
menilai kehidupan sebenar. Cedoklah pengalaman hidup untuk kecap kehidupan yang
lebih bermakna, Hidup mencari dan mengenal Rabb Yang Esa.
“Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada
kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, dan ampunilah
kami, dan rahmatilah kami. Engkau lah pelindung
kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir”
(Al-Baqarah:286)
Langkah Tercipta-UNIC
Semalam aku kelukaan,
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
kecewa kehampaan,
mencalar ketabahan,
mimpi yang sering ku harapkan,
menjadi kenyataan,
namun tak kesampaian.
Allah...
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.
Dan
langkahku kini terbuka,
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
pada hikmah dugaan,
uji keimanan (menguji keimanan),
tak dilontarkanNya ujian,
di luar kekuatan,
setiap diri insan.
Allah...
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Pimpinlah diriku,
tuk bangkit semula,
meneruskan langkah,
perjuangan ini,
cekalkan hati dan semangatku,
kurniakan ketabahan,
agar mimpi jadi nyata,
padaMu ku meminta.
Daku
mohon agung kudratMu,
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
wahai Tuhan yang satu,
segalanya dariMu.
p/s: Entri ini dedikasi buat Cik Sabriah Talitti ^^
1 comment:
salam,
bersabar itulah kejayaannya...
Post a Comment