Bismillahirrahmanirrahim.
“Dan tidaklah mereka memberikan
infak baik yang kecil mahupun yang besar dan tidak (pula) melintasi suatu
lembah (berjihad), kecuali akan dituliskan bagi mereka (sebagai amal
kebajikan), untuk diberi balasan oleh Allah (dengan) yang lebih baik daripada
apa yang telah mereka kerjakan”
Memikirkan situasi dan
persekitaran sebagai ahli gerakan Islam yang sering diancam virus. Macam-macam
virus yang menjengah. Virus-virus tersebut menyebabkan gejala-gejala kemalasan,
kelesuan dan kegelinciran dalam perjuangan. Oh virus, kenapalah engkau
menyerang! Kelemahan konsep ‘pengorbanan’ yang kurang difahami dan diserap
masuk kedalam jiwa-jiwa ahli gerakan Islam menyebabkan ramai yang tersadung
dalam perjalanan dakwah. Ya, tersadung sahaja adalah perkara biasa, tapi jangan
sampai tersadung kita tidak mampu bangkit kembali!
Mengapa lupa dan tidak sedar?
Alahai, sering sahaja lupa dan
tidak sedar. Bukannya sekali diingatkan tapi berkali-kali. BERKALI-KALI. Malah
jiwa dan sabar itu sudah sebati dan sangat mengenali kerana sentiasa bersama. Namun
kadang kala si jiwa sudah bosan dengan kehadiaran si sabar itu. Sering kali
sahaja dia bertandang namun si jiwa masih belum mendapat kepuasan dari
tandangannya. Baiklah, si jiwa sekarang cuba memahami bahawa ‘manusia itu
kejadiannya tidak sempurna’ dan ‘manusia itu sememangnya mudah lupa’. Baiklah,
si jiwa masih mahu menerima si sabar. Hai, cik Sabar!
Peranan sebagai ahli gerakan
Islam perlu difahami sedalam-dalamnya apa dan mengapa kita perlu berada dalam
golongan tersebut. Bukan kerana keterpaksaan, bukan juga kerana ikutan. Medan hari
ini bukannya menutut jihad qital (peperangan) seperti lembaran sirah zaman
Rasululullah dahulu kala yang jauh lebih mencabar ujian dalam tuntutan
jihadnya. Bukannya perlu mengangkat senjata bertempur dengan pihak musuh
melawan kezaliman untuk mahu tertegaknya ISLAM. Kita ini rantai perjuangan
Rasulullah s.a.w bukannya pemula bukan juga pengakhirannya. Hari ini, zaman
kita berbeza, cara kita berbeza, tuntutan jihad kita berbeza. Ia perlukan
strategi dan cara. Cara kita melalui idealisme, suara dan kuasa. Idealisme,
suara dan kuasa yang mahu tertegakknya ISLAM. Namun, idea dan pemikiran sahaja
tidak cukup, perlaksanaan perlu ada. Perlaksanaan
sahaja tidak lengkap. Sikap dan tindakan kearah perlaksanaan perlu seiring.
Baiklah. Mudahnya disebut dengan
kata-kata. Hati saya tidak mampu melintasinya dan lidah saya kelu untuk
menterjemahkannya. Secara mudahnya, kita perlu memahami bahawa teori dan praktikal
adalah dua perkara yang berada di medan berbeza namun kedua-duanya memerlukan
antara satu sama lain. Jika teori tanpa praktikal, maka pincanglah keberhasilannya.
Hilanglah teori perlahan-lahan begitu sahaja kerana tidak digunakan dalam medan
yang sepatutnya. Begitu juga praktikal tanpa teori, hilanglah matlamat dan
panduannya, menyebabkan kerja tidak terpandu dengan cara yang sepatutnya. Ringkasnya,
bercakap dan idea sahaja tidak cukup jika tidak disusuli dengan tindakan dan
perlaksanaan. Oh ya, saya kaitkan dengan ayat sebelum ini: Sikap dan
tindakan kearah perlaksanaan perlu seiring. Kenapa S I K A P ? Kerana saya fikir
sikap itu dapat ‘mengukur’ keikhlasan dan pengorbanan tindakan yang kita
lakukan.
Maka, sebenarnya bagaimana mahu membentuk
ahli gerakan islam yang berkualiti? Pembentukan kualiti yang saya maksudkan
disini bukan sahaja bermaksud kualiti pada saat satu-satu masa penghasilan dan
kelahirannya sebagai ahli gerakan islam yang menitip bait-bait perjanjian
dengan perjuangan islam, tetapi kualiti yang seiring dengan nilai keseluruhan
hidupnya terhadap perjuangan islam.
Lenturkan peribadi pejuang!
Proses pembentukan peribadi
pejuang memerlukan strategi internal dan external. Internal dari sudut dalaman
individu itu sendiri dan external dari sudut persekitaran dan luaran pejuang
islam. Namun, perlu diingat bahawa Rasulullah s.a.w sendiri telah mengajarkan
proses pembentukan peribadi pejuang yang berkualiti. (Link). Usaha pembentukan peribadi
pejuang dapat dicapai jika amal jamaie (harakah Islamiyyah), amal Ijtimaie
(Masyarakat), amal fardi (Individu) diusahakan secara konsisten dan seimbang.
Namun tuntas saya katakan bahawa kelenturan peribadi pejuang perlu untuk
mempunyai:
- Kekuatan Jasad/Fizikal (jisimiyyah): kekuatan fizikal penting sebab kita nak bergerak kerja
- Kekuatan Roh: kekuatan dalaman, boleh bentuk dengan hubungan yang kuat dengan Allah
- Kekuatan Fikrah : kefahaman dan fikrah yang jelas
Jadi, inilah kelenturan peribadi
pejuang sebenar. kuat fizikal, kuat dalaman dan kuat fikrah. Barulah kuat dalam
jalan dakwah. Maka, penyakit LUPA dan TIDAK SEDAR dengan tanggungjawab
yang terpikul akan DIINGAT semula. Gejala kegelilinciran, kelesuan, keciciran,
dan banyak ke……..an2 lagi boleh dihindarkan. Sama-sama mengingatkan.
Islam matlamat kami
“Adakah kamu menyangka bahawa
kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad
di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang sabar (tabah dan cekal dalam
perjuangan)”
(Al-Imran :142)
Perjalanan dakwah memerlukan erti
perjuangan sebenar sehingga kita benar-benar faham bahawa tiada yang hanya akan
tertegak melainkan ISLAM yang tercinta. Kerana apa? Kerana itulah sebenar-benar
Ad-din yang mampu meletakkan nilai kehidupan sebenar-benar kehidupan. Namun,. Jangan
bermimpi jika kita fikir ISLAM ini tertegak dengan mudah dan cepat. Perjalanan
dakwah masih panjang. Usaha keras dan pengorbanan diperlukan. Strive for Mardhatillah!
No comments:
Post a Comment