Hari lahir Dani
Salam alaik. Lama benar meninggalkan teratak blog yang disayangi ini. J
Salam alaik. Lama benar meninggalkan teratak blog yang disayangi ini. J
Alhamdulillah, semalam 28
september 2011, adalah hari lahir adik saya, Mohamad Syahdani bin Talitti, adik bongsu yang selalu dibuli dan juga
suka membuli kat rumah. Budak kecik yang
kesian :p
Selamat hari lahir untuk Dani! Dah
masuk 9 tahun. Memandangkan hari ni hari lahir
dani, maka gambar kartun feveret saya dani menjadi hadiah. Peace :)
Boboi Boy mengucapkan "Selamat Hari Lahir Spesel untuk Dani! Jangan nakal-nakal tau!" |
.saya.dani.yang.perasan.comel.tu.hihi. |
Hari-hari lalu, sekarang, dan masa depan
Cerita tentang hari saya pula. :) Alhmdulillah, sekarang saya sudah
berada di semester 7 dan bergelar pelajar tahun akhir, insyaAllah. Bakal menempuh
semester yang tidak dapat di ramal keadaannya. Yang nyata, masih dikurniakan
oleh Allah nikmat sibuk, nikmat penat dan letih. Sekurang-kurangnya semua rasa
sakit dan letih itu dikorbankan hanya kerana agamaNya, agama yang di sanjung,
yakni ISLAM yang tercinta. InsyaAllah. Sakit,
letih dan sibuk bukannya suatu beban
bahkan kita harus bersyukur kerana Allah masih mahu menguji diri kita dengan
keadaan-keadaan sebegitu. Malah, kita perlu merasa bahawa saat itulah yang
membuatkan diri kita rasa semakin dekat dengan Allah. Subhanallah.
Sebagai perkongsian untuk sedikit kesempatan untuk hari-hari kita ini..
Sebagai perkongsian untuk sedikit kesempatan untuk hari-hari kita ini..
Surah Al-mulk Ayat 2:
“ Yang
menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih
baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun” (67:2)
Mengapa Allah
menjadikan kitaran seorang manusia bermula dari rahim seorang ibu, lahir
membesar menjadi seorang bayi, kanak-kanak, remaja kemudian dewasa dan orang
tua sebelum kita menempuh pula kehidupan alam barzakh?? Adakah semua ini kitaran
hidup manusia yang akan berlalu begitu sahaja? atau sebenarnya tersingkap
seribu makna yang tersendiri? Potongan ayat di atas tadi telah pun menjawabnya.
Sembanglah tentang hari yang pasti!
Selalunya bila
kita bincang tentang mati, selalunya juga orang akan kata;
“Ish, tak baik la cakap soal mati ni,
sembanglah benda lain!”
Hasilnya, dapat
disimpulkan masyarakat zaman ini secara perlahan-lahan cuba lupakan tentang
mati, dan mungkin juga ada yang sudah tidak tahu apa itu mati. Nauzubillah. Sepatutnya,
‘mati’ itu adalah perkara wajar untuk disebut-sebut supaya manusia sentiasa
ingat. Lupa mati bermakna kita lupa arah tuju kita. Hidup tanpa arah mudahlah
terpesong dengan benda-benda yang tak bermakna. Maka terciptalah hidup yang kosong.
Maka, akhirnya nanti dia akan berkata; Life
is nothing.
Jadi, bagaimana
untuk sentiasa ingat mati? Bersembanglah tentang mati. Sambil duduk-duduk minum
kopi sambil-sambil tu sembanglah tentang mati. Mahu tidak mahu, kopi yang diminum mungkin tidak
akan tertelan. Tak sesuai? Tidak semestinya. Anda tidak perlu cakap tentang
batu nisan, kain kapan, kubur and etc. Minta tolong kawan kat sebelah kira uban kat rambut pun dah boleh kira ingat mati kan?kan?
'Tolong kira uban jap..dah tua rupanya aku ni..' **gambar ni ambil dari image google search. maaf ya empunya kepala ini...** |
Mengingati mati menajdi mukmin cemerlang
Sahabat yang dikasihi sekalian, orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat mati kerana
dia sentiasa bersedia dengan amalnya di dunia untuk dipersembahkan kepada Sang
Rabbi. Rasulullah s.a. w pernah ditanya;
“Ya Rasul Allah, Siapakah orang
yang lebih bijak?” Maka jawab baginda “Mereka yang lebih banyak mengingati mati
dan lebih banyak persediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang
lebih bijak” (Hadis Ibnu Majah dan Ibnu Umar RA).
Mengingati hari
yang pasti itu menjadikan perbuatan kita berpandu, hidup terfokus. Tiada perkara
lagha yang mudah membuai angan-angan. Tiada perkara maksiat mencalit iman. Terbinalah
suatu dinding teguh membentengkan jiwa, mental dan fizikal daripada perkara-perkara
yang mengundang dosa. Amalan terjaga, kerja
terarah dan segalanya menjadi ibadah. Terbentuklah kualiti seorang mukmin
cemerlang. InsyaAllah. Mudah-mudahan kita
tergolong dalam kalangan orang yang sentiasa mengingat kehidupan yang sementara ini untuk Allah dan pastinya itulah juga akhirat yang bakal kita tuju. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment