Monday, June 17, 2013

Kesilapan itu bernilai

'Man Shabara Zhafira'   Siapa yang bersabar akan beruntung.

Menjeling pada jam atas meja, hampir pukul 12 mlm. Sebelum tidur, saya sempat membuat penyenaraian tugasan yang perlu diselesaikan dalam minggu ini. Erm..Atur Meeting, Program, Usrah, dan menguruskan beberapa perkara urusan posting. Kalau fikir sepintas, tidaklah banyak mana. Cuma, 'beberapa' perkara itu semua sama penting untuk dilaksanakan..yang penting,hebatnya perasaan sekarang, iaitu.. Penat, tapi nikmat!

Belajar Dari Kesilapan
Bila sebut perkataan "ATUR" membuat saya tersenyum kambing. (kambing ..?).Saya senyum sendiri bila mengimbas kembali kisah beberapa bulan lepas terbelakang.Sebelum ni saya pernah bekerja dengan seseorang 'majikan'. Beliau adalah orang atasan dan juga merangkap panggilan seorang kakak. Beliau mempunyai perwatakan sangat kuat daya kepimpinannya, berkaliber dan kehadapan bila cara beliau befikir. Bekerja dengan beliau hampir 5 bulan (2 bulan terakhir paling klimaks) sangat bermakna dan menjadikan saya belajar 'sesuatu' daripada banyak yang berlaku. Walaupun kadang kala saya dibuat agak 'stres' tapi saya tahu bahawa.., Kesilapan itu Bernilai ;) saya  respect cara beliau berfikir dan cara beliau bekerja. Rasanya, sepanjang hidup, jarang benar jumpa seorang wanita muda bersemangat seperti beliau. Tidak keterlaluan jika gelar 'mutiara' dalam ratusan manusia. ribuan mungkin. Apapun, yang penting saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memberi banyak tunjuk ajar. Saya banyak belajar dari kehidupan. ^_^

U.S.T
Ini pula kisah bersama U.S.T.. Pengalaman disebuah pulau sebatik cukup membenakkan hati. 30 Mei 2013 adalah kali ketiga saya menjejakkan kaki ke sana. Namun, kali ketiga ini cukup berlainan sekali. Banyak memori yang berbekas di hati dan lebih banyak mengubat. Banyak belajar. Ego ditundukkan, belajar lebih ikhlas, Ukhuwahfillah, dan sekali lagi, saya belajar dari kehidupan ^_^. Terima Kasih U.S.T dan semua yang terlibat. Rupa-rupanya banyak insan lagi yang saya tak pernah jumpa, dan ingin saya jumpa.

Hehe. Cerita atas awang-awangan je, tak berapa nak jelas. maaflah kalau2 ada yang membaca tidak faham. :P
..(to be continued..)
(gambar : credit to azri al fateh)



p/s: Beberapa kali saya menekan keypad log in, cubaan untuk 'sign in' blog', akhirnya dapat juga menembus masuk. Alahai, betapa lamanya blog ini tidak dijenguk, sampaikan email dan password nya hampir dilupa =_=.




Tuesday, December 25, 2012

Hi! :)


Assalamualaikum. 

Ok, biasanya saya cuba membuat sedikit catatan blog adalah ketika saya berada dalam keadaan yang penuh emosi, mungkin terlalu bersemangat, terlalu gembira atau terlalu geram, & etc. Pokok pangkalnya mesti 'ada seseuatu tak kena' yang berlaku, rasa nak tulis je kat blog comelni (haha perassannya). Tu la orang yang baca blog ni kadang tak faham pun apa benda la saya merepek ni kan..,sebab tulisan saya memang agak celaru, jalan cerita sungguh la complicated, susunan ayat yang tidak difahami maksudnya. Jadi...saya minta maaf k! kadang memang bila keja taip menaip ni selalu syok sendiri..^_^

Ermmm.....
Deretan hari-hari yang berlalu dan pergi, seakan-akan terasa cepat sahaja masa berlalu. Sebenarnya sejak dua menjak ni saya banyak buat pemerhatian, berfikir tentang sikap, sifat, perilaku, tindakan, gaya, dan cara manusia di sekeliling mengikut situasi dan keadaan tertentu. Kadang saya akan membuat hipotesis, inferens dan juga mungkin kesimpulan dengan monolog dalaman saya sendiri. Kesimpulan yang saya buat bukanlah bermakna tepat dan benar, ia sekadar kesimpulan yang membentuk andaian umum. Bait surah Alhujurat ayat 12 juga saya masih pegang untuk 'guide' kadar kesimpulan saya :). Husnudzon ~

Ya, mungkin ada yang saya cari dalam 'task' peribadi ini. Mungkin ini juga antara faktor pengaruh perbincangan saya dengan geng kereta kak fate yang riuh membincang tentang 'perbezaan dua gender yang berbeza' atau juga susulan daripada proses pembacaan buku terjemahan  'Men Are From Mars, Women Are From Venus'. Pengaruh dua kejadian ini sebenarnya penyumbang terbesar 'habit' pelik saya sekarang!. Namun, saya akui dengan hemat peribadi saya sendiri bahawa bukan hal-hal  perbezaan yang saya utamakan dalam menilai pemerhatian, tetapi kepada Sang Pencipta jua disandarkan rasa "KAGUM" yang tidak terkira. Perkara ini juga menuntut saya lebih memikirkan skop "PENYELESAIAN" dan bukannya "PERBEZAAN".


Hmm..
Alhamdulillah, usai usrah dua hari lepas, terasa bateri di fikiran dan jiwa tercaj semula. Aura dan suntikan semangat daripada kakak naqibah yang sangat dikagumi sebenarnya. Setiap kali selepas usrah, itulah yang saya rasakan, dan saya juga berharap, sahabat yang lain begitu juga. Walaupun kadang 'bateri' yang dicaj tidak tahan lama, namun sekurang-kurangnya ia mampu merangsang ion-ion +ve  terus aktif, galak bertindak balas dengan ion -ve.

Teringat bait kata naqibah menyentuh tentang 'graf' penglibatan ahli gerakan islam..ia sebenarnya tidak lari daripada titik menjunam jatuh dan mungkin hingga tahap sifar. Sifar bermakna sepi dan menghilang tanpa banyangan. Walau hebat macamana pun orang tu dalam dakwah, ia pasti tidak lari daripada sakit yang sering dibawa dek ujian dan arus kehidupan yang berfasa-fasa.

Pada mulanya Fasa usia mude-mude, tarbiyah tinggi..point kat graf memuncak sampai maksima..sebab semangat orang muda ni selalunya hebat-hebat belaka...kemudian,  fasa *barukawen* point kat graf turun sikit sebab orang kata kalau baru kawen ni feelnya lain (org kata la...), Lepastu, fasa beranak pinak...ha.. ni lain sikit, bergantung pada kekuatan kita nak bagi point tinggi terus atau nak bagi point graf rendah dan terus jatuh. Teringat pula saya pesanan seseorang, "nak tahu boleh istiqomah atau tidak seseorang, tunggu dia beranak pinak smapai 3 orang anak, kalau dah tu dia mampu berdiri lagi di medan gerakan dakwah, insyaAllah orang tu mampu istiqomah".  Sebab selalunya kalau dah ada anak2 ni, cabaran dan tangungjawab lebih besar, kita diuji bukan sahaja dengan amanah dan tangungjawab tu, tapi teruji juga dengan kesenangan untuk sentiasa bersama keluarga. Fasa akhir adalah fasa dah nak masuk alam tue-tue (tua-tua).hehe. Eh, yang ni kalau tak silap point graf tinggi....sebab dah mungkin insaf dengan tangunggjawab dan amanah diri yang tak selari dengan peningkatan usia. But, ini semua common graf la, sebab tu tak masuk lagi 'unexpected' events kat graf ye. Jadi, be aware. Graf biarlah sekadar graf. Cukup sekadar asas untuk kita merancang, dan paling penting-bersedia diri !





Fasa 1- Orang Muda Semangat Muda!
Fsasa 2- Ok...Just Married.



Fasa 3-Keluarga Sakinah..insyaAllah
Fasa 4- Ni fasa last tu..kita dah meningkat 'matang'. .
Tok aba, senyum2 laaa sket..


Lastly, saya mendoakan semua keluarga dan sahabat-sahabat saya berada dalam lingkungan iman, islam dan rahmatNya..Moga Allah sentiasa memilih kita untuk termasuk dalam golongan orang-orang yang membantu agamaNya dan moga kita sentiasa menjadi pilihan antara hamba-hamba yang menerima hidayahNya..amiin.





Monday, January 2, 2012

Salam Imtihan!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Esok bermulanya sudah exam week di bumi ums ni..rasanya semua kampus begitu juga. Tak sangka kan, pejam celik, pejam celik akhirnya sampai juga ke tarikh exam yang sangat ditunggu-tunggu ni. (wah..tertunggu2 rupanya). Sebenarnya bukan rasa seronok sebab exam dah tiba, tapi seronok bila sem 7 ni bakal dihabiskan cepat. :) (ok, jangan tiru sikap macam ni..! ). Alhamdulillah. Sebenarnya banyak lagi tanggunggjawab yang memangil-manggil dan banyak tugasan yang menanti. InsyaAllah. Moga Allah kurniakan kemudahan untuk menyelesaikan segala urusan kita.

Kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan di bumi UMS dan dikampus mana jua anda berada, selamat menempuhi peperiksaan dengan tenang. Tenang-tenang juga ya, tapi jangan tenang sampai selamba habis hingga meremehkan ikhtiar dan usaha kita, ok! Semoga dijauhkan dari sikap kemalasan. Kalau rasa tiba-tiba motivasi down sangat, ingatlah Allah. Manusia ni kuat bila hubungannya dengan Allah juga kuat. Allah tempat kita bergantung, dan DIA lebih dari cukup. Semoga dipermudahkan olehNYA. InsyaAllah.

Salam Imtihan buat semua sahabat-sahabatku :)



pic edit. kalau dapat baca la..huhu  >.<


All the Best! :)